LoVe

LoVe

Wednesday, September 29, 2010

~ Islamic Entertainment ~

hiburan adalah salah satu keperluan dlm hidup manusia. hiburan diperlukan utk menghilangkan keletihan, mengurangkan stress dsb. biasanya hiburan akan dikaitkan dgn ketenangan. & spt kebykan teori psikologi yg kte ketahui, jiwa yg tenang mampu melahirkan insan yg berkualiti. namun, hakikatnya hiburan yg byk dihidangkan pd masa kini terutamanya kpd generasi muda telah lari dr fungsi asalnya. pd masa kini hiburan bkn lagi menjadi sumber ketenangan sebaliknya menjadi agen keruntuhan akhlak & kebanjiran masalah sosial dlm masyarakat. konsep hiburan yg dihidangkan pd masa kini dicemari dgn unsur2 keganasan yg kadangkala tdk masuk akal. masyarakat dikaburi dgn sinopsis cerita yg kononnya ingin memberi pengajaran ttp hakikatnya filem yg ditayangkan penuh dgn adegan2 yg bertentangan dgn norma2 masyarakat.


hiburan bukanlah merupakan satu kesalahan dlm Islam. sebaliknya Rasulullah S.A.W sendiri tdk melarang umatnya utk berhibur sekiranya ianya tdk melibatkan maksiat & tdk melalaikan. ttp hiburan yg bagaimanakah merupakan hiburan yg terbaik mengikut landasan Islam?

"(iaitu) orang2 yg beriman & hati mereka menjadi tenteram dgn mengingati Allah. Ingatlah, hanya dgn mengingati Allah hati akan menjadi tenteram.." (ar-Ra'd:28)


berdasarkan ayat ini Allah telah menyatakan bahawa dgn mengingatiNya hati akan menjadi tenang. terdapat byk hiburan yg mengingatkan kita kpd Allah. antaranya adalah lagu2 nasyid, alunan zikir-zikir dsb. kajian menunjukkan bahawa bunyi-bunyian yg berfrekuensi rendah mampu memberikan ketenangan & meningkatkan kesihatan pendengarnya. sebaliknya pendedahan kpd bunyi yg berfrekuensi tinggi secara berterusan akan mengakibatkan ketegangan, meningkatkan stress & boleh menyebabkan gejala penyakit yg lbh parah spt kemurungan & sakit jantung. oleh itu, kpd sahabat2 yg masih suka utk memilih corak hiburan sebegini, masih belum terlambat utk kalian mengubah cara kalian berhibur. bkn sahaja dpt menenangkan fikiran ttp juga dpt mengisi masa lapang, meningkatkan kesihatan & jg mendapat pahala yg byk. inilah yg dinamakan kebahagiaan di dunia & akhirat.
renung2kanlah & selamat beramal.. (n_n)



No comments: