LoVe

LoVe

Thursday, August 23, 2012

Aidilfitri 2012

Assalamuaikum.

Just nak share pic raya hari tu. ^_^

Raya pertama:

  



Raya ketiga:

Raya kelima:

Sekian.
Mekasih.
(n_n)

Wednesday, August 15, 2012

balik kampung

 Assalamualaikum.

Sudah hampir sebulan umat Islam berpuasa, maknanya apa ye kawan2??
Haa...betul!!
Maknanya dah nak raya da..hihi~
^__^

So, kepada yg berada jauh di perantauan tu anda dijemput untuk balik ke kampung halaman masing-masing.
Jom kita balik kampung, yeay!


Di kesempatan ini, Dira ingin mengucapkan
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
kepada semua yang baca post ni terutama sekali yg mengenali diri ini.
Maaf zahir dan batin.
peace! ^_^


Jangan lupa main mercun taw. Barulah ada feel raya sket. kui3~


Mesti anda semua da prepare baju raya kan?
Tema apa ye tahun ni?
Dira pun tak tahu lagi bagaimana rupanya baju raya Dira nt.
Bila da sampai kampung nt, baru try.
Mintak-mintak umi da siap jahitkan.

So, setakat ni sajalah dulu ye.
InsyaAllah, ada masa menaip lagi. ^^


Sekian.
Wassalam.
(n_n)

Friday, August 10, 2012

yellow smiley face

 Peace begins with a smile..


Everytime you smile at someone, it is an action of love, a gift to that person, a beautiful thing.


Sometimes your joy is the source of your smile, but sometimes your smile can be the source of your joy.


And then he gives me a smile that just seems so genuinely sweet with just the right touch of shyness that unexpected warmth rushes through me.


(n_n)

Wednesday, August 8, 2012

Nasi Ambeng

Assalamualaikum..

Hari ni ada orang belanja makan nasi ambeng. 1st time dapat merasa nasi ambeng ni. Sedap jugak taw. Bagi yang belum pernah merasa nasi ambeng ni, ni ada sedikit info.

Nasi ambeng adalah hidangan khas Jawa berupa nasi putih yang diletakkan lauk pauk di sekelilingnya. Lauk pauk seperti ikan masin goreng, rempeyek, sambal goreng, telur rebus, tempe goreng, dan bihun goreng.

Nasi ambeng adalah hidangan yang disajikan dalam acara kesyukuran sebagai sebagai lambang keberuntungan. Nasi dimakan beramai-ramai oleh empat hingga lima orang dewasa. Nasi dimakan dengan tangan, tanpa sudu dan garfu. Penyajian nasi ambeng mengandung permohonan agar semua pihak yang turut serta dikurniakan banyak rezeki.

Nasi ambeng juga popular di Malaysia, terutama di kalangan orang Malaysia berketurunan Jawa khususnya di negeri Johor, dan juga dikenal dengan nama nasi ambang. Hidangan ini juga dapat dijumpai di Singapura. Lauk wajib nasi ambeng di Malaysia adalah serunding kelapa. Di Malaysia, lauk nasi ambeng yang popular adalah daging ayam masak kicap, mee goreng, dan sambal goreng. Penyajian nasi ambeng di Malaysia hampir sama dengan penyajian nasi ambeng di Jawa. Nasi dan lauk pauknya diletakkan di atas talam untuk dimakan bersama-sama.



Di Malaysia, nasi ambeng biasanya dijual di pasar malam atau bazaar ramadhan dengan kuantiti sebungkus yg cukup utk seorang makan. Harga di pasaran selaunya RM5-6.


Haa, banyak kan lauk pauknya.
Jadi, anda patot mencubanya.
^__^

p/s: mekasih Fayie sebab belanja Dira ye. =)

Tuesday, August 7, 2012

Monday, August 6, 2012

berbuka tepi bazaar??

Assalamualaikum..

Apekejadahnya la Dira buat sampai berbuka kat tepi bazaar kan? Tak sempat balik umah ke? Padahal jarak umah ke bazar tu law jalan kaki tak sampai 10 minit..


Takde, Dira saje je nak skodeng abang2 ensem yg jual kat bazaar ni. (nampak sgt tipu)
Mana la tahu law nak dekat berbuka lg dowg nak bg mkanan free ke law buat muka bajet cute kan. (haa, tipu lg)
kui3~

Yg sebenarnya Dira menemani teman Dira yg sorg tuh berbuka kat sini, sian dia baru 1st time pg bazaar. Nasib baik jugaklah dia tak sesat kan. =P

Menu yg sgt mengenyangkan, nasi kerabu dan air laici berry. Yela, semalam awk belanja sy kan, so hari ni sy belanja awk pulak. ^_^
Alhamdulillah.

1st time dia makan sata. (bkn satay ye)
cedap tak awk? 

p/s: lenkali berbuka same lg awak ye..best jgk cari pasal dgn awk ni.. ^_^


Sunday, August 5, 2012

Berbuka Bersamanya

Assalamualaikum..

Yeah, hari yg ditunggu-tunggu tiba jua..berkesempatan berbuka bersamanya memandangkan si dia telah melanjutkan pelajaran di UNISEL. Da makin dekat da pasni.. ^_^








Asyik pic Dira je yg ditempek kat blog ni..pic si dia xda ke?

hurm...

l
l
l
l
V

jeng3~ hehe




Sekejap je kami jumpa. Pas buka terus balik, maklumlah kena solat maghrib. Pastu nak pg terawih lg. ^_^

p/s: to Mr. Awak, mekasih belanja sy mkn KFC ye. Lenkali leh la blanja McD ke, Pizza Hut ke, Subway ke, Tutti Frutti ke..hehehe~

Friday, August 3, 2012

result sem 4

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana memberikan rezeki yg tdak terhingga ini.


Akhirnya, dekan sekali lagi.. ^__^

Untuk subjek MAT522 tu, ada cerita disebalik kejayaan Dira berjaya mendapat A+. Ini merupakan subjek repeat Dira di mana Dira telah mendapat D pd semester sebelumnya. Alhamdulillah,  Dira berjaya menebus kegagalan sebelum ini. 

Belajar ni mcm juga bercinta. Mungkin anda pernah bercinta dgn si A namun hubungan tdk berpanjangan dan menemui kegagalan. Tapi anda tdk kecewa dan berputus asa selepas itu. Mungkin ada yg fobia utk bercinta lagi selepas percintaan sebelumnya gagal. Namun ketahuilah, ada hikmah di sebaliknya. Mungkin Allah nak berikan kita insan yg lebih baik dari dia. Jika kita mencuba sekali lagi dan tdk mengulangi kesilapan yg sama, InsyaAllah kejayaan pasti dlm genggaman. ^_^

p/s: kalau orang lain boleh berjaya, mengapa tidak anda? ^_^

Wednesday, August 1, 2012

intersesi

Assalamualaikum..

Cuti semester kali ini diisi dgn mengambil intersesi atau short course yg bertujuan utk meringankan jam kredit semester depan.. ^__^

Walaupun terpaksa berjauhan dgn family di bulan Ramadhan kali ini, namun diri ini redha kerana sesungguhnya setiap pengorbanan pasti akan berbayar kelak. ^__^


Dira mengambil subjek COMPLEX ANALYSIS WITH COMPUTATIONAL APPLICATION..
Susah kan nak sebut..kiteowg panggil complex je..hehe~



Akhir kata, doakan kejayaan Dira dan kawan-kawan ye. Semoga Ramadhan kali ini membawa seribu makna.

(n_n)