LoVe

LoVe

Monday, December 5, 2011

KANSER HATI


Hati adalah organ terbesar dalam badan manusia. Organ ini terletak di belakang tulang rusuk di bahagian kiri abdomen. Hati mempunyai dua bahagian, lobus kanan dan lobus kiri yang lebih kecil dengan anggaran beratnya 1-5 kilogram.
.
Hati mempunyai pelbagai fungsi yang memastikan taraf kesihatan seseorang. Hati mengeluarkan bahan yang kotor dari darah . Darah juga menghasilkan enzim dan hempedu yang membantu menghadamkan makanan. Hati juga mengubah makanan kepada bentuk yang diperlukan bagi kehidupan dan pertumbuhan.

Hati menyimpan pelbagai nutrient, mengawal keseimbangan karbohidrat dan menghasilkan protein plasma serta merembeskan bahan kumuhan.Hati mendapat bekalan darah dari dua pembuluh. Kebanyakan daripada darahnya disalurkan oleh vena portal hepatik. Yang lainnya disalurkan oleh arteri hepatik .Kanser HatiKebanyakan kanser-hati primer bermula di dalam hepatosit (sel-sel hati). Kanser jenis ini dipanggil karsinoma hepatosel atau hepatoma malignan. Kanak-kanak mungkin mendapat karsinoma hepatosel atau hepatoblastoma. Maklumat ini tidak mengulas kanser hati kanak-kanak.
.
Apabila kanser hati merebak (metatesis) ke bahagian luar hati, sel-sel kanser cenderung untuk merebak ke dalam nodus-nodus limfa yang berhampiran dan ke dalam tulang dan paru-paru. Apabila ini berlaku, tumor baru mempunyai jenis sel-sel abnormal yang sama seperti tumor primer.Contohnya, jika kanser hati merebak ke tulang, sel-sel kanser di dalam tulang sebenarnya ialah sel-sel kanser hati. Penyakit ini merupakan kanser hati metastetik, bukannya kanser tulang. Ia dirawat sebagai kanser hati, bukannya kanser tulang. Begitu juga, kanser yang merebak ke hati daripada suatu bahagian tubuh yang lain adalah berbeza daripada kanser hati primer. Sel-sel kanser di dalam hati adalah sama dengan sel-sel di dalam tumor asal. Apabila kanser merebak ke hati daripada organ yang lain (seperti kolon, paru-paru atau buah dadah), doktor mungkin akan memanggil tumor di dalam hati itu tumor sekunder.

MEMAHAMI KANSER
Kanser merupakan suatu kumpulan beberapa penyakit yang berkaitan. Semua kanser bermula di dalam sel-sel, unit asas kehidupan di dalam tubuh kita. Sel-sel membentuk tisu-tisu, dan tisu-tisu membentuk organ-organ tubuh. Lazimnya, sel-sel akan membesar dan membahagi untuk membentuk sel-sel baru apabila tubuh memerlukan sel-sel itu. Apabila sel-sel menjadi tua dan mati, sel-sel baru akan mengambil alih tempat mereka. Kadang-kala berlaku kesilapan pada proses yang teratur ini. Sel-sel baru terbentuk apabila tubuh tidak memerlukan, dan sel-sel tua tidak mati apabila sepatutnya. Sel-sel lebihan ini akan membentuk suatu gumpalan tisu-tisu yang dipanggil ketumbuhan atau tumor. Tumor boleh jadi benigna atau malignan.

~Tumor-tumor benigna bukan kanser. Biasanya, para doktor boleh mengeluarkannya. Sel-sel daripada tumor benigna tidak merebak ke bahagian lain tubuh. Di dalam kebanyakan kes, tumor benigna tidak akan terbentuk lagi setelah ianya dibuang. Paling penting, tumor benigna jarang mengancam nyawa.
.
~Tumor-tumor malignan adalah kanser. Tumor ini secara amnya lebih serius dan mungkin boleh mengancam nyawa. Sel-sel kanser akan menceroboh dan merosakkan tisu-tisu dan organ-organ yang berhampiran. Juga, sel-sel kanser boleh terpisah dari tumor malignan dan memasuki saluran darah atau sistem limfa. Beginilah cara sel-sel kanser merebak daripada tumor asal (tumor primer) untuk membentuk tumor-tumor baru (tumor sekunder) di dalam organ lain. Kanser yang merebak ini dikatakan sudah metatesis. Jenis-jenis kanser yang berlainan selalunya akan merebak ke bahagian-bahagian tubuh yang berlainan.


Kebanyakan kanser-hati primer bermula di dalam hepatosit (sel-sel hati). Kanser jenis ini dipanggil karsinoma hepatosel atau hepatoma malignan. Kanak-kanak mungkin mendapat karsinoma hepatosel atau hepatoblastoma. Maklumat ini tidak mengulas kanser hati kanak-kanak.

Apabila kanser hati merebak (metatesis) ke bahagian luar hati, sel-sel kanser cenderung untuk merebak ke dalam nodus-nodus limfa yang berhampiran dan ke dalam tulang dan paru-paru. Apabila ini berlaku, tumor baru mempunyai jenis sel-sel abnormal yang sama seperti tumor primer. Contohnya, jika kanser hati merebak ke tulang, sel-sel kanser di dalam tulang sebenarnya ialah sel-sel kanser hati. Penyakit ini merupakan kanser hati metastetik, bukannya kanser tulang. Ia dirawat sebagai kanser hati, bukannya kanser tulang. Begitu juga, kanser yang merebak ke hati daripada suatu bahagian tubuh yang lain adalah berbeza daripada kanser hati primer. Sel-sel kanser di dalam hati adalah sama dengan sel-sel di dalam tumor asal. Apabila kanser merebak ke hati daripada organ yang lain (seperti kolon, paru-paru atau buah ubat), doktor mungkin akan memanggil tumor di dalam hati itu tumor sekunder.

FAKTOR RISIKO
~Jangkitan hati kronik (hepatitis)
Sesetengah virus boleh menjejaskan hati. Jangkitan ini mungkin kronik (Ia mungkin tidak boleh disembuhkan). Faktor risiko yang paling penting bagi kanser hati ialah jangkitan kronik virus hepatitis B atau hepatitis C. Virus-virus ini boleh dijangkiti daripada seorang kepada seorang yang lain melalui darah (seperti berkongsi jarum) atau hubungan seksual. Seorang bayi mungkin menjangkiti virus ini daripada ibunya yang telah dijangkiti. Kanser hati boleh timbul selepas bertahun-tahun dijangkiti virus ini. Jangkitan-jangkitan ini mungkin tidak menimbulkan gejala-gejala, tetapi ujian darah dapat menunjukkan kehadiran virus ini. Jika ada, doktor mungkin mencadangkan rawatan. Juga, doktor mungkin akan membincangkan cara mencegah jangkitan kepada orang lain. Pada orang yang belum dijangkiti virus hepatitis B, vaksin hepatitis B dapat mencegah jangkitan hepatitis B kronik dan melindungi daripada kanser hati. Para penyelidik kini sedang berusaha untuk menghasilkan suatu vaksin untuk mencegah jangkitan hepatitis C.

Sirosis
Sirosis ialah suatu penyakit yang timbul apabila sel-sel hati menjadi rosak dan diganti dengan tisu parut. Mengambil terlalu banyak minuman beralkohol, ubat dan bahan kimia tertentu, dan beberapa virus atau parasit tertentu mungkin menyebabkan sirosis. Kira-kira 5 peratus orang yang mengalami sirosis mendapat kanser hati.

Aflatoksin
Kanser hati boleh berpunca daripada aflatoksin, suatu bahan yang berbahaya yang dihasilkan oleh jenis-jenis kulat yang tertentu. Aflatoksin boleh terbentuk pada kacang tanah, jagung, dan kacang dan bijirin yang lain. Di Asia dan Afrika, kontaminasi aflatoksin merupakan suatu masalah.

Golongan lelaki
Orang lelaki berisiko lebih dua kali ganda mendapat kanser hati berbanding wanita.

Sejarah keluarga
Orang yang mempunyai ahli-ahli keluarga yang menghidapi kanser hati mungkin lebih cenderung mendapat penyakit ini.

Usia
Kanser hati lebih selalu dialami orang-orang yang berusia melebihi 60 tahun berbanding dengan yang lebih muda.

GEJALA
· Kesakitan pada bahagian atas abdomen di sebelah kanan; kesakitan mungkin menular ke bahagian belakang dan bahu
· Abdomen yang bengkak (kembung)
· Turun berat badan
· Hilang selera dan sentiasa berasa kenyang
· Rasa lemah atau sangat letih
· Loya dan muntah-muntah
· Kulit dan mata yang kuning, dan kencing yang gelap akibat jaundis
· Demam

Gejala-gejala ini bukan tanda-tanda kanser hati yang pasti. Lain-lain penyakit hati dan masalah kesihatan yang lain boleh juga menyebabkan gejala-gejala ini. Sesiapa yang mempunyai gejala-gejala tersebut harus berjumpa doktor secepat mungkin. Hanya doktor sahaja boleh mendiagnosis dan merawat masalah ini.

RAWATAN DI KUMPULAN PERUBATAN ELEKTRONIK
Kanser hati adalah kanser yang sangat digeruni ramai lebih-lebih lagi golongan lelaki yang menghisap rokok. Biasanya mereka yang mengidap hepatitis B atau C dan tidak mendapat rawatan yang sewajarnya mudah dijangkiti kuman kanser.

Jika anda disahkan mengidap hepatitis, pembengkakan hati, pengerasan hati serta kanser hati dan ingin membuat rawatan di Kumpulan perubatan Elektronik, anda dikehendaki memberikan sample DNA anda seperti darah, air liur, air kencing dan rambut supaya Perubatan Elektronik dapat mengkodkan penyakit kanser yang ada di DNA anda dan seterusnya menjadikannya sebagai penawar melalui proses pembantaian molekul sehingga DNA yang rosak tadi ditukar menjadi penawar gelombang elektromagnetik yang sangat halus dan mempunyai tenaga yang tinggi sehingga dapat memusnahkan sel-sel kanser yang tidak dapat dimusnahkan oleh ubatan biasa.

Biasanya, pelbagai penawar gelombang elektromagnetik seperti gelombang penawar hati, gelombang anti virus dan gelombang penguat organ dalaman akan dipancarkan ke dalam medium berbentuk air atau tablet kunyah yang perlu dimakan tiga kali sehari.

Ini bertujuan supaya Perubatan Elektronik yang mengandungi pelbagai gelombang penawar hati dapat mengembalikan fungsi hati seperti sediakala.

Perubatan Elektronik juga laksana scanner yang mampu mengenalpasti kuman-kuman jahat dan kuman-kuman baik (antibodi). Apabila ia mendapati ada sel-sel yang musnah dan ada organ dalaman yang lemah, Perubatan Elektronik akan berusaha memperbaiki sel-sel tersebut dan berusaha menguatkan fungsi organ sehingga segala anasir luar termasuk sel kanser dapat dinyahkan secara semulajadi.

Kesimpulannya, mereka yang mengidap kanser hati perlu mengamalkan Perubatan Elektronik selama enam bulan hingga sepuluh bulan sehingga Perubatan Elektronik benar-benar dapat memperbaiki fungsi hati dan dapat menghasilkan enzim yang secukupnya sehingga sel-sel kanser dinyahkan secara semulajadi menurut fitrah kejadian manusia.

No comments: