LoVe

LoVe

Wednesday, July 31, 2013

Berbuka @ SK Ayer Lanas

Assalamualaikum.

Hari kedua berbuka di Kelantan kali ini berpeluang berbuka di sekolah umi pula, SK Ayer Lanas.



Sempat singgah di bazar dulu sebelum hujan turun selebatnya.



Antara juadahnya. Yg plg hot ialah ikan bakar cicah air asam. ^^



My sis, Nadia.

Bila la mau berbuka ni. =P


Hujan lebat, ribut sakan menyebabkan tempias sehingga ke juadahnya. Kami2 pn turut terkena tempiasnya. Dewannya terbuka so, mmg terbuka jela tempias nak kena kan. 


Ape2 pn mmg sedap giler juadah hari ni. Siap tapau ikan bakar wat balik umah n lapah sampai ke tulang kering.

Sekian.
Wassalam.
(n_n)



Tuesday, July 30, 2013

Berbuka @ SK Gual Jedok

Assalamualaikum.

Sudah berada di kampung halaman. Setibanya di Kelantan, bersama keluarga berbuka di sekolah abah, SK Gual Jedok.


See, itu kumpulan abah sy. hihi


Juadah masakan kampung, ikan bakar nyum2.



Abah dan adik2.


Ada umi di situ. Cantik kan umi sy? ^^



Dira lah jua. huhu
Memang kenyang kebabom la makan sedap2 kan. 

Sekian.
Wassalam.
(n_n)

Monday, July 29, 2013

Berbuka @ Ayam Penyet Nusantara

Assalamualaikum.

Hari ini berbuka kat Ayam Penyet Nusantara plak. Lokasi Sekyen 7, Shah Alam. Hari terakhir berbuka di Shah Alam sebelum menaiki bas pulang ke kampung. Weeeee~




Antara menunya ialah.


Udang penyet.


Ayam Penyet.


Dan Lele penyet.


Disertai oleh minuman sirap bandung cincau.


Gembira sekali kerana makanan yang lazat dan enak ini dijadikan juadah berbuka.

Sekian.
Wassalam.
(n_n)

Sunday, July 28, 2013

Samurai Beef Burger


Assalamualaikum.

Asal ada benda baru yg iklan kat TV je mesti excited nak cuba, kan2? Apatah lagi makanan.
Hari tu si dia ada belanja Dira mkn burger kat McD ni, si dia try Samurai Beef Burger.
Sedap sgt burger baru McD ni!!
Dira plak Spicy Chicken McDeluxe. Memang spicy sgt wuuu~ 

So, kali ni kami overnight kat McD kerana ada tugasan yg perlu disiapkn.
Gara-gara nak key in aktiviti dalam buku KI (Kemahiran Insaniah) ni. Pernah key in sekali je dulu time sem3.  Luckily masa nak key in kali ni dia buka utk semua sem, so tak perlu nak sedih2 lagi law dulu malas dgt nak key in kan. ^^



Kali ini, both of us mmg pilih Samurai Beef Burger.
Sedap2!! Tak puas makan!!


Masa nak order tu, nampak pulak Samurai Chicken Burger. Waahh!
Mungkin sbb Samurai Beef Burger ni dapat sambutan hangat, maka McD telah mengeluarkan Samurai Chicken Burger plak. 

Da siap sume keje kena wat, dia ajak bersahur kat hakim pulak. Katanya Dira perlu try makan nasi hakim kuah banjir tu.
Ok, Dira try. Sedap jgk tp masa tu da kenyang. Makan pn slow2.
Mana taknya pukul 1 td baru je makan McD, pukul 4 di suruhnya makan nasi lagi. T___T


Sekian.
Wassalam.
(n_n)

Saturday, July 27, 2013

Berbuka @ Dataran Shah Alam


Assalamualaikum.

Petang ni kami shopping2 sket kat area Seksyen 18. Mydin, ole-ole, Pusat Pakaian hari-hari.
Habis semua kami redah.
Saja nak habiskan masa bersama, lagipun Dira ada 2 hari je lagi kat Shah Alam ni.
Lepas ni da nak naik bas balik kampung da. 



Lepas da puas shopping, kami membeli juadah berbuka kat bazar Seksyen 13 kat area stadium tu.
Besar giler bazar kat sini wa cakap lu~ Ada la sebesar pasar tani setiap hari ahad tu.
Tapi makanan sama je yg dijual. Anda boleh jumpa gerai makanan yg sama, brand yg sama banyak kali. 
Cuma peniaga je lain2. Pelik juga sistem bazar kat sini. Mungkin utk memudahkan pembeli.
No wonder la bazar kat sini besar kan.



Bila tiba waktu utk berbuka, ramai jugak yg memenuhi dataran air pancut kat tepi Plaza Alam Sentral ni.
Kami tidak berkecuali.



Inilah juadah kami hari ni yg serba simple tapi bila makan kenyang perut jugak.

Sekian.
Wassalam.
(n_n)

Thursday, July 25, 2013

Berbuka @ KFC Seksyen 7


Assalamualaikum.

Teruja sangat nak rasa menu baru KFC tu, Seafood Symphony tu la.  Adik Dira yg ada kat Shah Alam ni pun ajak berbuka sama, so mmg kami belanja dia makan KFC la hari ni.




Sape cakap makan KFC time berbuka tak kenyang? Memang kenyang tahap dewa jgk la.
Lagi2 kalau amek ayam tu bahagian isi, tak larat nak habiskan.
Memang tak perlu nak singgah bazar dulu sblum pg KFC tu. Makan yang ni pun da cukup.



My friend, Fakhri with my bro, Syafiq Iqhwan.


Sekian.
Wassalam.
(n_n)


Tuesday, July 23, 2013

Berbuka @ Dataran Merdeka


Assalamualaikum.

Oh yeah! Hari ni kami shopping sakan kat Masjid India. Beli persiapan utk raya ni. ^^

Sepetang duk pusing Masjid India tu, mmg penat bkn kepalang.
Bagi menjimatkan masa, kami beli juadah berbuka kat area situ-situ jugak.
1st time jumpa peniaga bazar yg jual pulut durian. Mmg excited nak rasa, terus beli la.

Pukul 7 da masih berada kat situ lg, so kami amek tempat yg plg dekat utk berbuka.
Dataran Merdeka. 5 minit je dr Masjid India tu.






Alhamdulillah, memang kenyang makan itu ini.
Tapi yg paling Dira suka tauhu bakar.
Sedap sgt sampaikan lepas berbuka tu pg balik kat Masjid India tu jenguk-jenguk law abang yg jual tauhu bakar tu ada lg.
Memang terus beli lg 2 set tauhu bakar, nyum2~

Sekian.
Wassalam.
(n_n)

Sunday, July 21, 2013

Berbuka @ Tasik Seksyen 7


Assalamualaikum.

Hari ni berpeluang berbuka bersama si dia di tasik seksyen 7.
Si dia baru pulang dari kampungnya membawa juadah berbuka masakan neneknya berserta kuih muih dari  air tangan maklangnya.




Alhamdulillah mmg sedap juadah hari ni tambahan lagi dapat merasa gulai tempoyak ikan patin neneknya yg sangat sedap. 

Sekian.
Wassalam.
(n_n)

Tuesday, July 16, 2013

FYP Presentation


Assalamualaikum.

Akhirnya, bg penamat utk semester 6 ini ialah pembentangan projek tahun akhir. Bagi kursus kami ianya bukan seperti presentation yg selalu anda dengar. Kursus kami diwajibkan membuka booth sepagi bg memenuhi kriteria-kriteria yg telah ditetapkan.



Sehari sebelum presentation ini, kami perlu menghias booth kami mengikut idea dan kretiviti masing-masing.

Tadaaaaa! Inilah hasil kerja last minute kami. Kui3~



Dira bersama dua lagi ahli kumpulan, Ayu dan Farah.





Walaupun presentation kami tidak segempak yg lain, tp kami amat berpuas hati dengan hasil kerja kami.
Paling tak boleh dilupakan bila masing-masing tergagap-gagap jawab soalan yg diajukan oleh panel dan examiner. T___T 

Antara memori terakhir berada di FSKM. ^^

Sekian.
Wassalam.
(n_n)

Tuesday, July 9, 2013

Pecal Lele Lela

Assalamualaikum.

Lokasi makan malam kali ini ialah di restoran Pecel Lele Lela yg terletak di Seksyen 13 Shah Alam.
Si dia belanja seperti biasa kali ni. Weeeeee~


Dira try set Ayam penyet manakala si dia pula memilih ikan keli penyet bersama nasi putih.





Sedap sangat rasa masakannya, harganya pula berpatutan. Anda patut mencubanya. 

Sekian.
Wassalam.
(n_n)