LoVe

LoVe

Thursday, June 23, 2011

Puding Roti

Assalamualaikum.

Jom kita buat resepi lain pulak ari ni. ^^

Bahan-bahan:

Bahan A
- 2 cawan susu segar
- 8 keping roti putih

Bahan B
- 4 sudu makan gula hangus
- 2 sudu makan mentega
- 2 biji telur ayam
- 1 sudu teh esen vanila
- 1 sudu makan tepung jagung

Bahan C
-2 sudu makan kismis hitam

Bahan D (Sos Kastard)
- 1 tin susu sair
- 2 sudu makan tepung kastard
- 2 sudu makan gula

Cara membuat:

1. Hancurkan ataupun koyakkan roti dan rendam dalam susu selama 30 minit.
2. Kacau dan gaul rata bahan B.
3. Masukkan kismis dan tuangkan ke dalam loyang.
4. Kukuskan selama 30 minit atau sehingga masak.
5. Gaulkan bahan sos kastard dan masakkan di atas api yang sederhana kecil.
6. Tuangkan sos di atas puding semasa menghidang.

* sos kastard boleh juga digantikan dengan aiskrim coklat/vanila.

Yang kami buat ni tak letak sos kastard pon.
Well, bergantung pada selera masing-masing. =)

Puding yg telah siap boleh disejukkan di dalam peti ais.

Sedia utk dihidang.
Jangan lupa utk memetong puding terlebih dahulu, takkan la hampa sume nak makan yang setongkol dalam loyang tu pulak. =P

Puding roti ini dibuat pagi td, so bila adik-adik balik sekolah nt boleh la bg depa rasa.
Mengeratkan silaturrahim di dalam keluarga.
(n_n)

No comments: