LoVe

LoVe

Thursday, June 30, 2011

Eh, da nak Julai!

Assalamualaikum..

Pejam celik, tidur bangun, berdiri duduk, makan minum..tup2 kita da pun berada di pertengahan tahun yg mmg di tengah-tengahnya adalah tengah. =P

Hari ni Khamis, esoknya Jumaat. Law dekat Kelantan ni esok adalah cuti mingguan sekolah. Yes, kat sini cuti jatuh pada hari Jumaat Sabtu. Maka, selamat berhujung minggu lah ye! ^^

Sekali lagi, Dira bersama adik-beradik tercinta pulang ke kampung nenek. Kami dah takdak keje lain da kat sini mmg buat segala jenis kerja yg boleh dibuat di kebun getah sana tuh.

Okay, jom kita serang!

Hurm, taktaw la nape minah ni suka sangat pakai baju kurung.

Hah, da sampai pon!

Apalagi, posing2!


Okay2.
Exceli, kat sini Dira nak bgtaw. Law kowg pasan kan semenjak dua menjak ni dira asyik post resepi je kat blog Dira ni. Hoho. Da mmg tu jelah keje yg boleh dibuat kat umah ni. Masak macam-macam selagi yg boleh. Bajet nak jd chef. phew!

Esok da masuk Julai.
Ada event happening menanti. Tak sabar rasanya! ^^
Tapi pape pon, harapan Dira semoga diri ini berjaya menselimkan badan. Harap-harap berat badan ni takdak la melebihi 50 lagi.

Sekian.
Wassalam.
(n_n)

Wednesday, June 29, 2011

Ikan masak percik

Assalamualaikum.

Utk lunch tengahari td, Dira ditugaskan oleh umi utk memasak ikan ini. Ini adalah resipi dari umi. Mula-mula masak tu, taktaw pun bagaimana rupanya. Bila da masak tu, barulah taw yg umi swoh masak ikan percik rupanya. Yelah, dira yg lurus bendul ni ikut jela resepi tu satu persatu tanpa mengetahui nama masakan itu. Uhuk2~



Bahan-bahan:

- 6 ekor ikan kembung
- serbuk kunyit + garam secukupnya (garam kunyit)
- 1 biji bawang besar*
- 3 ulas bawang putih*
- 2 biji bawang merah* (*dikisar halus)
- 1/2 sudu besar cili kering kisar
- 2 paket santan
- 1 hiris asam keping
- 2 keping daun limau purut
- 1 sudu besar gula
- 1 sudu teh garam


Cara membuat:

1. Ikan bersalut garam kunyit digoreng spt biasa terlebih dahulu.
2. Panaskan minyak, tumis bawang yg telah dikisar sehingga wangi.
3. Masukkan cili kering kisar.
4. Masukkan santan. Kacau hingga sebati.
5. Masukkan asam keping dan daun limau purut.
6. Masak sehingga santan mendidih.
7. Akhir sekali, masukkan ikan yg telah digoreng dan kacan hingga rata.



p/s: resipi ini sangat simple dan sedap dimakan. (n_n)




Tuesday, June 28, 2011

Ayam Halia Sos Tiram

Assalamualaikum.

Untuk lunch tengahari td kami masak resipi baru. Ayam halia sos tiram ni sebenarnya diambil daripada resipi daging halia sos tiram. Kami hanya menggantikan daging kpd ayam. ^^

Bahan-bahan:

- 500 gram daging ayam, potong kecil-kecil
- 1 inci halia*
- 3 ulas bawang putih* (*ditumbuk halus)
- 2 sudu besar sos tiram
- 1/2 sudu teh serbuk lada hitam
- secubit gula
- 1 cawan air
- 1 biji bawang besar (hiris)
- 2 ulas bawang putih (hiris)
- 2 inci halia muda (hiris halus)
- 3 sudu besar kicap cair
- hirisan cili merah (utk hiasan)
- daun sup (utk hiasan)

Cara membuat:

1. Ayam digaul dgn halia dan bawang putih yg telah ditumbuk halus dan diperap selama 2 jam.
2. Panaskan minyak dlm kuali, tumis hirisan bawang putih dan halia hingga wangi.
3. Masukkan sos tiram dan kacau rata.
4. Masukkan ayam, gaul dan masak hingga kecut.
5. Tambahkan air dan bila mendidih, masukkan kicap cair.
6. Masukkan hirisan bawang besar dan serbuk lada hitam.
7. Masak hingga ayam masak.
8. Tabur hirisan cili merah dan daun sup sebelum dihidangkan.


p/s: ianya sgt lazat terutama sekali rasa kuahnya. Cubalah! (n_n)

Thursday, June 23, 2011

Puding Roti

Assalamualaikum.

Jom kita buat resepi lain pulak ari ni. ^^

Bahan-bahan:

Bahan A
- 2 cawan susu segar
- 8 keping roti putih

Bahan B
- 4 sudu makan gula hangus
- 2 sudu makan mentega
- 2 biji telur ayam
- 1 sudu teh esen vanila
- 1 sudu makan tepung jagung

Bahan C
-2 sudu makan kismis hitam

Bahan D (Sos Kastard)
- 1 tin susu sair
- 2 sudu makan tepung kastard
- 2 sudu makan gula

Cara membuat:

1. Hancurkan ataupun koyakkan roti dan rendam dalam susu selama 30 minit.
2. Kacau dan gaul rata bahan B.
3. Masukkan kismis dan tuangkan ke dalam loyang.
4. Kukuskan selama 30 minit atau sehingga masak.
5. Gaulkan bahan sos kastard dan masakkan di atas api yang sederhana kecil.
6. Tuangkan sos di atas puding semasa menghidang.

* sos kastard boleh juga digantikan dengan aiskrim coklat/vanila.

Yang kami buat ni tak letak sos kastard pon.
Well, bergantung pada selera masing-masing. =)

Puding yg telah siap boleh disejukkan di dalam peti ais.

Sedia utk dihidang.
Jangan lupa utk memetong puding terlebih dahulu, takkan la hampa sume nak makan yang setongkol dalam loyang tu pulak. =P

Puding roti ini dibuat pagi td, so bila adik-adik balik sekolah nt boleh la bg depa rasa.
Mengeratkan silaturrahim di dalam keluarga.
(n_n)

Wednesday, June 22, 2011

Menemani Umi

Assalamualaikum..

My mother asked me to accompany her to town. I just agree becauce i don't have much things to do at home. ^^


She just arrived at home a little bit early today.


Okay! We're going out. ^^

And look! what i got for my lunch..mee kari!

I don't eat nasi becoz i'm on diet. =P

So, we're going to CIMB, Tabung Haji, Jabatan Pendaftaran Negara, Salim Aziz Textiles and so on.

It's quite tired because it is a very very hot out there.
Okay, dat's all.

Sekian.
Wassalam.
(n_n)


Sunday, June 19, 2011

Smootie Strawberi

Assalamualaikum.

Nak cuba desert yg best? Memandangkan my brother baru balik dari Cameron Highlands so banyak la strawberi yg dibawa pulang. So, boleh la cuba resipi baru sikit. ^^

Bahan-bahan:
- 15 biji buah strawberi segar
- 1 cawan kecil yogurt (140 ml)
- 1 cawan susu cair
- 1 cawan ais
- setengah cawan air

* gunakan cawan yg sama saiz bagi menyukat semua bahan

Cara membuat:

1. Bersihkan strawberi.

2. Masukkan semua bahan ke dalam pengisar.

3. Kisarkan sehingga halus.
4. Tuangkan ke dalam gelas hidangan.

5. Hiaskan dengan whipping cream dan hidangkan. (tp yg kami buat ni tak letak whipping cream pon)

*Bagi menambahkan rasa sedap, boleh campurkan aiskrim perisa strawberi.



Walaupun Dira kurang menggemari strawberi dan segala jenis benda yg berperisa strawberi, tp desert ini sgt sedap bg mereka yg menggemari strawberi. (watever la!)
So, please try this at home. ^^

Sekian.
Wassalam.
(n_n)

Saturday, June 18, 2011

kebun getah

Assalamualaikum.

Ingat lagi tak Dira ada ckp nak pulun-pulun2 wat kerja dlm post yg lepas? Haa..kat sini la tempatnya. Hehehe~

Pada sebelah petang Jumaat, Dira bersama adik lelaki Dira tu pg menabur baja di sana. Perghh! Memang senang giler kejenya tp lenguh yg teramat sgt gara-gara mengendong bekas yg penuh berisi baja. Selalunya kami mengutip pok (getah sekerat). Memandangkan kakak sudah mengutipnya pagi td maka kami buatlah kerja lain. ^^


Ini adalah kebun getah belakang umah nenek kami. Selesai je yg kat sini kami meneruskan misi di kebun getah yg jauh sikit.

Jalan punya jalan sampai la kat sini. Tapi belum habis dua guni baja di sini, guruh dan kilat sabung menyabung. Maka terpaksa postpone pagi esoknya pulak. Ada la dalam dua bekas je lagi.


Malam 2, disebabkan TV3 je yg elok siarannya maka terpaksa la Dira melayan citer Mission Impossibble III. Macho giler ah Tom Cruise. ^^

Keesokan harinya, awal-awal pagi lagi Dira siap-siap utk ke kebun yg sana tuh utk menyelesaikan misi yg tergendala tuh.
Yes! Siap jugak akhirnya!

And look what i got for my breakfast!

Nasi dagang...

Dan jagung rebus!
yummy2!

Okay, sekarang Dira sudah pon berada di rumah. Umi dtg ambil pagi td. Oh no! Kesihatan tak berapa memuaskan. Sakit tekak dan selsema. Tapi boleh plak swoh adik belikan ABC. ^^

Sekian.
Wassalam.
(n_n)

Friday, June 17, 2011

jom balik kampung

Assalamualaikum.
Semoga ceria-ceria selalu ye! ^^

Selamat berhujung minggu bersama keluarga.
Kami 4 beradik (3 lagi tak join) nak balik kampung!
yeay!
(n_n)

Si bongsu dan si sulung.


Singgah KFC sbb nak beli happy meal utk budak kecik tu lah. =P

Budak kecik dapat mainan. Bese la tuh~

Okay. Dira mmg suka mencapap. Hehe. Peace! :D

Si driver tuh adik Dira. Dia baru dapat lesen memandu. Dira pon takdak lesen lagik. Okay fine~

Da sampai kampung kami. Biarkan si kecik menghabiskan masa dgn mainannya. Penat nak melayan.

Esok pagi. Ada misi yang perlu dilaksanakan. Kene bangun awal dan pulun-pulun siapkan kerja kat sana nt. INSYAALLAH.

Sekian.
Wassalam.
(n_n)

Pesan Imam Al-Ghazali

Enam Pesan Imam Al-Ghazali



1. Apabila berjumpa kanak-kanak, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana kanak-kanak belum dibebani dosa.



2. Apabila berhadapan dengan orang tua pula, anggaplah mereka juga lebih mulia kerana mereka lebih lama beribadah daripada kita.



3. Apabila berjumpa orang alim, anggaplah dia lebih mulia kerana banyaknya ilmu di dadanya.



4. Apabila melihat orang jahil anggaplah mereka lebih mulia kerana mereka berbuat dosa kerana kejahilan sedangkn kita dosa dalam keadaan mengetahuinya.



5. Apabila berjumpa orang jahat, jangan anggap kita mulia. Tetapi, katakan, mungkin orang jahat itu akan bertaubat pada masa tuanya, sedangkan kita belum tahu bagaimana akhirnya kehidupan kita.



6. Apabila bertemu orang kafir katakan, belum tentu dia akan kafir selama-lamanya.

Thursday, June 16, 2011

Tidak Mampu Hidup Sendiri


Tuhan menciptakan lelaki dan perempuan dengan tujuan agar keduanya saling mengenal, menyayangi dan saling membantu. Keduanya pun punya tugas yang sama, iaitu membina kehidupan meskipun ada perbezaan cara dan etika dalam diri masing-masing. Oleh itu, peranan inilah yang dapat membantu keduanya merealisasikan fungsinya sebagai makhluk di muka bumi.

Ayah dan ibu contohnya, disebabkan mereka memiliki tanggungjawab berbeza maka keluarga akan dapat hidup dengan baik. Cuba bayangkan sekiranya keduanya saling tidak membantu, pasti keluarga tidak akan bahagia.

Kerana itulah lelaki dan perempuan tidak boleh hidup terpisah. Jadi wajarlah jika lelaki dan perempuan saling jatuh cinta.

Wednesday, June 8, 2011

Udang Lipan

Assalamualaikum.

Pernah dgr pasal udang lipan? Dira tahu kewujudan udang lipan ni pun semasa berada di Kg. Bahagia, Kuala Perlis tuh. Udang ni saiznya agak besar. Rasanya sgt sedap dan manis.


Inilah rupa udang lipan tuh. Besar kan? ^^


Udang ni boleh dimasak pelbagai cara.

Antaranya, goreng kunyit.

Udang goreng bercili.

Dimasak bersama mee rebus.

Dan lain-lain lagi.
Cubalah. Ia mmg sgt yummy!
(n_n)

couple


SEBELUM couple :

L: ye ! sy dah lame tunggu saat nie!
P: awk nk tinggalkan sy ke?
L: X? jgn fikir mcm 2. x mungkin terjadi!
P: awk cintakan sy x?
L: ye. tiap hari.
P: awk pernah tipu sy x?
L: X! nape awk selalu tanye cam2?
P: awk akn selalu keluar dengan saya?
L: setiap kali ada peluang.
P: awk akan pukul sy?
L: giler ke? sy bkn lelaki cam2!
P: boleh sy percayekn awk?
L: yaa!
P: syg!

SELEPAS couple:
baca dri bwh hingga atas. renung~renungkan lah.

Tuesday, June 7, 2011

Cuti 3 bulan

Assalamualaikum.

Alhamdulillah berakhir sudah segala jenis program2.

Sudah tiba masanya utk Dira berangkat pulang.
Plan awal utk bekerja di Shah Alam di cancelkan.

Malam itu, ditemani kak Dina menuju ke stesen bas utk membeli tiket bas ini.


Family sudah menunggu di kg sana. Cuti 3 bulan akan dihabiskan di Kelantan dgn jayanya. ^^

Dan seterusnya Dina dan sy makan malam bersama di Old Town.

Terima kasih Dina kerana membelanja sy makan sampai kenyang.
Lain kali belanja la lagi ye~

(n_n)

Monday, June 6, 2011

Perlis-Day 7

Assalamualaikum.

Awal-awal pagi lg preparation utk jamuan rakyat.

Seterusnya, majlis penutup oleh Menteri Besar Perlis.






Makan tengahari beramai-ramai.






Sebelum pulang, bergambar kenangan bersama keluarga angkat.

Sebelum bertolak tu mmg sayu semua la. Kami mahu pon mereka mmg mengalir air mata.
uhuk2~

Alhamdulillah, GOKIM Perlis 2011 berakhir dgn jayanya.
InsyaAllah jika ada kelapangan nt kami akan berkunjung ke sana.

Sekian.
Wassalam.
(n_n)