LoVe

LoVe

Tuesday, April 13, 2010

~aKu Yg BeRbiNTaNg LEO~



CIRI POSITIF

Orang yang lahir pada tarikh antara 21 Julai hingga 21 Ogos dikatakan bernaung di bawah zodiak LEO, yang berlambang Singa. Anda mengutamakan rasa cinta , mesra , bersifat pemurah , ada daya kepimpinan , menonjolkan kemegahan , sentiasa hidup , menonjolkan keagungan , keberanian , keupayaan , rapat dengan anak – anak , berbakat dan suka pada hiburan..

CIRI NEGATIF

Walau bagaimana pun,ada kalanya Leo ini kerap menunjukkan ego , banyak cakap , memperlihatkan sifat ketuanan , menunjuk – nunjuk , mengejar kemewahan , dan menghadapi komplek rendah diri dan bangga diri.

KUALITI ASTROLOGI

Leo termasuk dalam kategori tetap, iaitu termasuk kestabilan, ketabahan, ketahanan, dan kesempurnaan. Dengan kualiti ini anda baik untuk mempastikan sesuatu berjalan lancar atau berhasil.


GELAGAT PERHUBUNGAN

Dalam pergaulan , orang yang dilahirkan dengan lambang Leo , memang dapat dipercayai. Dalam perhubungan yang membuahkan cinta, Leo memang serius . Demi kelancaran hubungan cinta , Leo bersedia melakukan apa saja ! Lantaran itu , anda yang berzodiak Leo adalah setia dan dapat dipercayai. Bagi Leo , cinta adalah sesuatu yang peribadi , sehinggakan anda tidak memperlihatkan kasih sayang anda di khalayak ramai .

Leo suka bergaul sehingga tidak dapat berdampingan dengan seseorang yang cemburu dan mengongkong. Dalam situasi ini , Libra( 23 September – 22 Oktober ) , Sagittarius ( 23 November – 20 Disember ) , dan Taurus ( 21 April – 20 Mei ) adalah pendamping ideal buat Leo. Sebaliknya , Capricorn ( 21 Disember – 19 Januari ) dan Scorpio ( 23 Oktober – 22 November)agak kurang sesuai .

Hubungan dengan Libra dapat membahagiakan Leo. Seperti anda , Libra juga memerlukan cinta yang menyeronokkan . Libra tidak suka memutuskan perhubungan lantaran dia matang dalam membuat keputusan. Pasangan yang juga tepat bagi Leo ialah Sagittarius dan Taurus . Sifat Sagittarius yang periang dapat menjadikan anda berbahagia . Daya fikir Sagittarius yang luas sehinggakan mengagumkan anda (Leo). Walaupun kurang romantis , namun Sagittarius tahu bagaimana cara menyenangkan kekasihnya.Taurus yang matang , penyabar dan penyayang memang sesuai buat Leo , terutama dalam meningkatkan mutu kerjaya.

Capricorn yang cemburu bukanlah pasangan yang ideal bagi Leo . Anda juga berasa terlalu kaku dan kolot dalam soal berfikir. Apabila anda melemparkan sesuatu idea, Capricorn mungkin mengambil masa yang lama untuk memahaminya. Leo juga agak sukar berdamping dengan Scorpio . Apabila Scorpio berasa marah , Leo pastinya tidak dapat bertahan (bersabar). Kata – kata Scorpio yang berbentuk leteran juga membosankan Leo.

PERHUBUNGAN SEKS

Leo adalah satu lambang cinta di dalam zodiak . Orang kelahiran lambang Leo cukup romantik. Mereka sedia menyelimuti pasangan dengan hadiah dan kasih sayang. Seseorang yang selalu kecewa dengan pasangannya yang tidak menyatakan perasaan cinta dengan jelas , hendaklah mencari pasangan di bawah lambang Leo . Dia tidak akan berhenti – henti menyatakan betapa cintanya dia pada anda.Kelahiran Leo juga merupakan lambang peneraju yang sentiasa inginkan teraju kepimpinan di atas ranjang. Oleh sebab Leo begitu romantik , seks baginya merupakan pengalaman yang sentiasa menyeronokan.

KERJAYA DAN KEWANGAN

Kelahiran Leo ini memang suka kelihatan mewah dan bergaya. Kalau anda seorang yang kaya , anda gemar memiliki rumah besar dengan tanah dan kebun yang luas. Dalam kerjaya, anda cemerlang dalam jawatan yang ada kuasa dan kata pemutus. Anda baik dalam hal membuat keputusan tetapi gemar menyerahkan perkara yang lebih terperinci kepada orang bawahan anda. Leo dihormati rakan sejawatan dan orang bawahan , sebahagiannya disebabkan anda sememangnya memahami perasaan orang sekeliling anda.

Dalam sebarang kerjaya , Leo sentiasa berusaha mencapai kedudukan tertinggi walaupun anda bermula dari bawah . Ini bermakna , Leo seorang yang tekun bekerja. Walau bagaimana pun , anda seorang yang tidak suka di arah untuk ‘buat itu dan ini '. Dari segi perolehan kewangan , Leo memang seorang ketua yang hebat tetapi ini bukan bermakna anda pengurus yang baik. Namun, Leo mempunyai wawasan dan jika bekerja sebagai eksekutif , daya pengurusannya lebih berhasil.

Sehubungan ini , Leo mencari wang yang lebih lantaran anda seorang yang cintakan kekayaan bagi kebahagian yang diperolehi. Anda gemarkan gaya hidup mewah dan glamour. Leo memang seorang yang pemurah . Anda sedia menggunakan kekayaan membantu orang lain turut mengecap nikmat hidup. Kekayaan bagi Leo adalah untuk membeli perkhidmatan dan keupayaan mengurus. Dengannya , Leo berusaha mencipta pekerjaan bagi orang lain dan memberi kebajikan yang sewajarnya. Ini bermakna , kekayaan bagi Leo adalah kebaikan dan sesuatu yang perlu dinikmati sepenuhnya.

KELUARGA DAN RUMAHTANGGA

Dari segi luaran , memang Leo gemar melayan dan mengasihi orang lain . Namun , dari segi dalaman , hanya segelintir kawan yang tahu apa sebenarnya kehidupan harian Leo. Bagi orang berlambang Leo , rumah adalah ruang yang menyenangkan , rekreasi , mahligai , dan kamar persendirian . Leo sangat setia pada keluarga. Anda menyukai anak – anak dan memastikan mereka di jaga dan di pupuk dengan sewajarnya. Namun , sebagai ketua dalam rumah tangga , sebaik – baiknya anda sentiasa bersedia menyelami hati atau perasaan orang lain dengan lebih menyeluruh.

No comments: