LoVe

LoVe

Friday, March 25, 2011

LoVe is CiNTa

Bercinta mmg mudah namun utk mempertahankan sesebuah cinta itu sebenarnya sukar. Banyak dugaan dan cabaran yang harus dilalui. Makin lama bercinta makin berat dugaan yg mendatang. Tapi bagi yg benar2 saling menyayangi dan ikhlas dlm perhubungan apa jua yg mendatang pasti dpt dilalui dgn mudah. Namun bagi yg belum cukup kuat berhati2lah. Jangan jadikan cabaran dan dugaan sbg pemusnah cinta yg dibina. Berikut adalah peringkat2 cabaran yg harus ditempuhi dlm percintaan. Semoga ia dapat memberi panduan.

PERINGKAT PERTAMA (sebulan ke 3 bulan)
Masalah plg biasa ialah komunikasi. Mungkin sbb baru berkenalan so komunikasi amat kurang dan terhad. Ia lebih kpd menjaga hati. Kalau bercakap 2, yg baik2 je. Kalau ada yg tak suka 2, semua disimpan dlm hati. Lebih teruk lg kalau bergaduh masing2 tak mahu luahkan apa yg terbuku dan cara terbaik kamu selesaikan masalah ini ialah merajuk.

Atasinya: Kamu harus banyak berterus-terang terutama ttg apa yg kamu suka dan tdk suka. Jangan hanya berdiam dan mengahrapkan si dia terus-menerus memahami kamu. Sekiranya kamu hanya berdiam dan terima semuanya walaupon kamu tak suka dan bila ia berlarutan sehingga berbulan2 baru kamu mahu meluahkan itulah yg akan menyebabkan hubungan makin parah.


PERINGKAT KEDUA (4 bulan ke 7 bulan)
Masalah utk menerima kekurangan masing2. Bila hubungan da makin lama, maka banyak la kekurangan diri yg terbongkar baik kamu atau dia. Misalnya barulah kamu tahu pasangan kamu tak suka basuh baju, pasangan kamu panas baran dll. Tidak ada org yg boleh menyembunyikan sifatnya yg sebenar lbh dari 4 bulan.

Atasinya: Jgn rasa menyesal memilih si dia setelah mengetahui kekurangannya. Semua org ada kekurangan diri. Selagi ia boleh diterima akal kamu cubalah utk menerimanya dan bantulah dia utk berubah ke arah lbh baik.


PERINGKAT KETIGA (8 bulan ke setahun)
Kamu mula terasa diri sedikit diabaikan. Sekiranya dulu setiap hari dia akan keluar bersamamu dan setiap masa dia akan menghubungimu tetapi bila sudah lama ia sudah jarang sekali. Ia boleh mencetuskan pertengkaran dan perselisihan faham.

Atasinya: Biasanya lelaki kurang bg attention pd tahap ini. Namun bkn beerti dia tdk syg tetapi si dia perlu kembali memberi perhatian pd semua yg ditinggalkannya sepanjang proses memikat kamu. Misalnya, sebelum mengenali kamu dia seorang pemain bola yg aktif. Semasa proses memikat kamu dia sudah pasti terpaksa kurangkan masa atau meninggalkan minatnya itu. Jadi kini tibalah masa si dia kembali ke hobi asal. Kamu harus memahaminya tetapi si dia perlu diingatkan dia boleh melakukan apa yg disukainya tetapi tetap perlu ada sedikit masa utk kamu.


PERINGKAT KEEMPAT (setahun ke 2 tahun)
Ujian plg berat ialah kehadiran org ketiga. Ia sememangnya berlaku pd kebanyakan org. Di saat telah bertemanlah ramai pula yg menawarkan diri menjadi kekasih. Dulu semasa single tdk pula org2 ini datang.

Atasinya: Jgn terlalu mudah beralih arah. Di sinilah kamu harus buktikan kesetiaan kamu kepadanya. Tidak ada sbb utk mennggalkannya. Jangan terlalu mengejar kebendaan dan paras rupa yg tampan kerana itu tdk semestinya boleh menjamin kebahagiaan.


PERINGKAT KELIMA (2 tahun dan seterusnya)
Biarpun usia perhubungan makin matang namun jgn terlalu yakin kamu telah terlepas dgn ujian cinta. Ujian yg harus kamu tempuhi pd tahap ini ialah perasaan jemu. Bila sudah lama bercinta, sesiapapun tdk akan lari dari perasaan jemu dan bosan.

Atasinya: Sentiasa melakukan perkara-perkara baru dlm perhubungan. Jgn la setiap hari jumpa di tempat yg sama, makan di kedai yg sama, melakukan aktiviti yg sama sudah pasti akan rasa bosan. Cuba ubah rutin harian kamu dan si dia. Misalnya cari tempat2 baru utk makan. Kalau da selalu bermain bowling apa kata kamu ajak dia berbasikal, memanjat gunung dll. Hidup perlu ada kepelbagaian barulah sentiasa ceria dan bahagia.



p/s: semoga berkekalan hendaknya.. (n_n)

No comments: