LoVe

LoVe

Wednesday, December 8, 2010

14 perkara sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram)

Salam Musliman & Muslimat...

Empat belas perkara sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram) untuk di kongsi bersama agar mendapat hidayah drpa Allah swt.:

  1. Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
  2. Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
  3. Menahan marah. Fadilatnya - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.
  4. Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
  5. Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.
  6. Bersedekah. Fadilatnya - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
  7. Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
  8. Mandi Sunat. Fadilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."
  9. Bercelak. Fadilatnya - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.
  10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000X. Fadilatnya - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.
  11. Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala." Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11X.
  12. Membaca "has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer". Fadilatnya - Tidak mati pada tahun ini.
  13. Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
  14. Puasa. Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala." Fadilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

Tuesday, December 7, 2010

Adab-adab Tidur


Tidur bg muslim dikira sbg 1 ibadat sekiranya memenuhi adab2 dlm Islam..

  1. Berwuduk - gosok gigi & ambil wuduk supaya dilindungi drpd syaitan.
  2. Perut tdk terlalu kenyang - utk mengelakkan perut anda cpt rasa sebu & mengatasi masalah sukar bgn tidur.
  3. Mengingati Kesilapan - cuba ingat semula perkara yg telah dilakukan spjg hari. Sekiranya perkara2 baik, teruskan. Tetapi jika byk perkara2 buruk, berazamlah utk berubah.
  4. Membaca doa & surah tertentu - amalkan membaca doa & surah2 tertentu. Tidur mengiring ke kanan & seeloknya menghadap kiblat.
  5. Berazam utk bangun awal - berniat di dlm hati mahu bgn awal.
  6. Bangun pagi - baca doa bgn tidur kemudian buat sedikit regangan utk melonggarkan otot2 badan, bersihkan diri & tunaikan solat Subuh.

Monday, December 6, 2010

Melawat Sekolah

tajuk : melawat sekolah umi..
lokasi : sk Bukit Jering, Kuala Balah..
agenda: melencong..

yuhuu!! kesempatan ini Dira amek sempema cuti sem + cuti sekolah..mmg xda watpe sgt pon la kat umah 2..so, join la sape2 yg g jenjalan tuh..inilah dia fenomena sekolah tersebut..cun siot~

Dira suka melawat sekolah luar bandar..sbb landskap2nya sgt mendamaikan..nyaman gler!

inilah bonda tercinta yg memegang jawatan PK Kokurikulum sekolah tersebut..
ditemani oleh beberapa org kanan..satu2nya adik pompuan Dira..yg mana lbh besar dari Dira sendiri..
dan adik lelaki yg plg kamceng sbb mempunyai perangai yg same..iaitu kami suka makan!!
sape yg plg bulat?? hehe..
kami sgt enjoy pd hari itu..

p/s: berazam utk menjadi guru di kawasan pedalaman.. =)

sekian..
(n_n)

Sunday, December 5, 2010

Tips Berhenti Merokok


  1. Melengah - melambat2kan mencari rokok. katakan 'nanti' setiap kali terasa ingin merokok.
  2. Tarik nafas panjang2 - tarik nafas pjg2 3 kali secara perlahan2.
  3. Minum air - minum air byk2, sebaik2nya air galian/air masak suam. jgn minum air berkafien spt kopi/teh.
  4. Membuat sesuatu - buat sesuatu yg boleh mengalihkan fikiran kamu drpd merokok. contoh: bersiar2, call kawan, baca buku, bermain muzik, berkebun dll.
  5. Mengunyah sesuatu - gula2 getah, lobak merah, epal dsb. elakkan sesuatu yg manis.
  6. Mandi/basuh tangan - mandi seberapa kerap/basuh tanagn setiap kali terasa nak merokok.
  7. Senaman regangan - lakukan senaman apabila kamu merasa mengantuk kerana tdk merokok.
  8. Berdoa - mohonlah doa agar Tuhan kuatkan azam & usaha kamu utk berhenti merokok itu berjaya.
p/s: Dira alergik asap rokok..so, sila jgn merokok dpn Dira & mana2 kaum wanita..krg sopan..

Saturday, December 4, 2010

Hatiku...



wahai hati tatkala kau sendirian..ada yg hadir memujukmu..

wahai jantung hatiku tatkala kau kesedihan..ada yg dtg mengembirakanmu..

wahai penawar hatiku tatkala kau kegelisahan..ada yg rapat menenangkanmu..

wahai permata hatiku tatkala kau kekesalan..ada yg berlari mendakapmu..

wahai pemburu hatiku tatkala kau kesamaran..ada yg menyinari mencerahkan..

wahai hati yg bercinta teruskanlah menangis..kerana dlm tangisan ada yg manis jd senyuman..

wahai pemilik hati Ya Allah..aku hanya insan biasa yg mencintaiMu..seburkanlah, siramilah, balutilah, selimutilah HATI ini..

Thursday, December 2, 2010

Khasiat Buah Kurma



Berdasarkan kepelbagaian khasiat yg terkandung di dlm buah kurma, ia merupakan 1 lg alternatif terbaik bg..

  1. menambahkan darah
  2. menyihatkan sistem saraf
  3. memekatkan sperma
  4. meningkatkan tenaga syahwat
  5. melambatkan proses penuaan
soerang doktor India mengatakan makan 7 biji kurma dgn 10 helai daun kari setiap pagi dpt menyembuhkan kencing manis.

p/s: bakal suami Dira nt wajib makan kurma..hehe =)

Wednesday, December 1, 2010

Mengapa air laut masin??


Semua org tahu, air laut adalah masin & tdk boleh diminum. Tetapi, mengapa ini terjadi? Utk pengetahuan kamu, muka bumi ini dipenuhi dgn garam mineral yg terdapat di dlm batu & tanah. Contoh: Natrium, Kalium, Kalsium dll. Apabila air sungai mengalir ke laut ia membawa bersama2nya garam, ombak laut yg memukul pantai jg dapat menghakis garam yg terdapat di batu-batan di situ. Oleh itu, lama kelamaan air laut itu menjadi masin kerana dipenuhi garam.