LoVe

LoVe

Wednesday, August 8, 2012

Nasi Ambeng

Assalamualaikum..

Hari ni ada orang belanja makan nasi ambeng. 1st time dapat merasa nasi ambeng ni. Sedap jugak taw. Bagi yang belum pernah merasa nasi ambeng ni, ni ada sedikit info.

Nasi ambeng adalah hidangan khas Jawa berupa nasi putih yang diletakkan lauk pauk di sekelilingnya. Lauk pauk seperti ikan masin goreng, rempeyek, sambal goreng, telur rebus, tempe goreng, dan bihun goreng.

Nasi ambeng adalah hidangan yang disajikan dalam acara kesyukuran sebagai sebagai lambang keberuntungan. Nasi dimakan beramai-ramai oleh empat hingga lima orang dewasa. Nasi dimakan dengan tangan, tanpa sudu dan garfu. Penyajian nasi ambeng mengandung permohonan agar semua pihak yang turut serta dikurniakan banyak rezeki.

Nasi ambeng juga popular di Malaysia, terutama di kalangan orang Malaysia berketurunan Jawa khususnya di negeri Johor, dan juga dikenal dengan nama nasi ambang. Hidangan ini juga dapat dijumpai di Singapura. Lauk wajib nasi ambeng di Malaysia adalah serunding kelapa. Di Malaysia, lauk nasi ambeng yang popular adalah daging ayam masak kicap, mee goreng, dan sambal goreng. Penyajian nasi ambeng di Malaysia hampir sama dengan penyajian nasi ambeng di Jawa. Nasi dan lauk pauknya diletakkan di atas talam untuk dimakan bersama-sama.



Di Malaysia, nasi ambeng biasanya dijual di pasar malam atau bazaar ramadhan dengan kuantiti sebungkus yg cukup utk seorang makan. Harga di pasaran selaunya RM5-6.


Haa, banyak kan lauk pauknya.
Jadi, anda patot mencubanya.
^__^

p/s: mekasih Fayie sebab belanja Dira ye. =)

4 comments:

Ahmad Irhaf said...

awak kan buah hati saya
mesti lah sy belanja selalu..
sedap kan nasi ambeng ni

sy pun 1st timer jugak makan
:)..awsome!

aLeXa iXora said...

mmg sedap n awesome sgt rasanya..
tak tahu pulak sedap..
law tak awal2 lg sy try..
lgpun da 3 tahun duk shah alam ni..
tp xpenah try pun..haiyo~

Ahmad Irhaf said...

takpe saya dah jd pncetus idea nk makan dpt lah pecah rekod syg,,<3

nanti try nasi ambeng yg kedai pulak,lagi banyak n sedap lauk dia,,:)

aLeXa iXora said...

haaa, ape kata nt kita try makanan orang nogori plak..awk da try makanan kelate, nt ajar2 la sy mkn masakan nogori ye.. ^^