LoVe

LoVe

Sunday, October 30, 2011

i give u my latest chipsmore

Assalamualaikum..

Sy xtaw hantu apa yg da merasuk, da lama sy tak melukis..setelah sekian lama sy tinggalkan, sy try buat satu utk awk..sory, guna pensel warna biasa je..alat2 lukisan sy kat kelantan semua..dulu mmg sy gemar melukis..skang sy bz dgn hidup yg ntah pape ni..
sy xpandai nak berpuisi mcm awk, so terimalah lukisan sy yg huduh ni..




mmg hobi letak signature & date.. ^^

yg bawah ni adalah chipsmore sy yg dulu






sy mmg suka lukis burung sbb sy suka buat kapal terbang kertas jugak..sy mmg suka terbang..yg ni xtaw bila sy nak siapkan..bertahun2 tertangguh..hehe~


dan sy juga penggemar bunga yg sejati..lukisan2 semua ni disimpan kemas dlm lappy sy tahun lepas..setiap lukisan ada makna tersirat di sebaliknya..jgn hanya memandang betapa indahnya lukisan tanpa tahu cerita disebaliknya..setiap lukisan ada erti..

(n_n)

Hobin jang hobin

Assalamualaikum..

Sy telah dirasuk pontianak wangi sundal malam..tdow awal, bgn awal sgt..berjaga time org nga lena diulit mimpi..pas2, mulalah housemate ckp sy ni scary sbb bgn tgh2 mlm, masak gege2 kat kitchen, mkn ayam goreng dgn semangat..esoknya mula lah dowg tanya smlm 2 Dira ke, benda lain?? haiyoyoyo~ T___T

lagi 1 tabiat, sy suka senyum..dlm mimpi pon kdg2 law mimpi best2 sy senyum..tp lg dashyat law dlm mimpi sy tgh ketawa, sy akan ketawa jgk sambil tdow tanpa disedari..

1 mlm tgh tdow kat luar (dpn tv), Lia bgn awal sbb nak study..sy sedar tak sedar..lena balik, mimpi ehem2..then gelak puas2..mcm gelak maya karin dlm PHSM tu lah..kuat taw! smpaikan Lia terkejut, pepagi buta tak subuh lg tiba2 bunyi perempuan ketawa?? haiyo~ tp lepas 2 sy tersedar, rasa mcm ketawaku aneh skit~ rupanya, sy bermimpi tgk buat lawak dgn Ikha.. T___T

malam seterusnya, sy mimpi lg..tp lain skit, pasal Mr.Hoki..tp sy xtaw mimpi mcm mana da..mmg tak sedar lsg sbb lena sgt..esoknya, Ikha tanya, "mu mimpi gapo die male, tdow sapa suko sorang..?"

erkk..again?? wah, malunya.. T___T

So, sy tdow awl smlm lepas isyak, pasang lagu kat lappy..amek earfon, smpai ke mimpi lagunya pg taw..sedar2, pkul 1 ke toilet..tdow lg, haus, bgn minum air..tdow lg, panas walhal kat luar hujan, lajukan kipas..tdow lg, panas3!! last2 sy ke ruang tamu (dpn tv) pasang kipas kat situ dan tdow sorg2 smpai subuh pon terlambat.. T___T
maybe becoz i need some space in my heart and also in real life..
luaran sejuk, tp dalaman panas..
cuaca kat luar pon da seminggu asyik hujan je..sy kesejukan tanpa dia..sbb mmg dia selalu bikin sy panas~ bg kehangatan la.. ^^
setelah kisah itu berlalu, hujan mmg tak berhenti..

malam ni N9 vs Ganu, hobin jang hobin!! gara2 ari jumaat sy dgr hot fm pepagi, depa mainkan lagu ganu & N9..
"kite maing sepasukang bukang maing sorang" -ganu-
"hobin jang hobin, hobin bin bin bin bin" -N9-

dan hasilnya, desababkan lagu N9 yg last dipasang smpai ke ari ni, sy masih lg duk ber'hobin jang hobin' tak kira tempat, masa dan keadaan..teruknya~

malam tuh, Lia dan Mimi nak g mkn..sy lapar, ingat nak pesan je sbb sy ni pemalas skit nak kuar mlm2..tp xtahan sgt tahap lapa mcm singa, so sy pon join dorg mkn kat sec2..time ngah tggu bas, tetiba teringat kat Yen, ajak la dia join sekali..



ABC DEFGHIJKLM..cokelat spesel mesel taw~


Opps Yen, aku kandid tak mintak izin. Semoga awek ko tak jeles na~


tak plan, tp mmg selalunya baju sy dgn Yen same kaler..ni jersey NIKE yg plg sy syg taw..(walopom murah & beli kat pasar malam tp ada sy kesah!!)


Mimi, Lia dan Dira..phewiitt!!

balik je, singgah khalifah sbb bola da tggal 10 minit terakhir..mmg seri lg time 2..maaybe sbb sy tgk dan law of attraction utk N9 kuat sgt..tu yg goal tuh..hihihi~
terima kasih jang hoi! wowowowowo~

balik penat2, tetiba kat umah housemate yg lain tgk menjamu satay, sotong, spagetti dan mcm2 S lg la..sy bedal juga walopon time mkn td nasi mimi dan tea o ais yen sy habiskan~
Mimi ckp mmg sejak sekolah perut sy ni ada 4 bahagian..
kecik2 dulu sy xleh mkn sgt, nt masuk hospital..da besar ni, mulalah nak balas dendam.. ^^

masa diabiskan dgn mendengar Mujhse Dosti Karoge..sbb sy tgk time lagu je..yg feeling sedih2 tuh sy malas nak layan..muahahahahaha~

siap je, sy siapkan latest chipsmore sy dan sy ketiduran dgn lagu ehem2 di telinga..sedar 3.30 pagi, tgk2 ada SMS..ingatkan dlm mimpi je dia muncul..upa2nya mmg realiti..
so, jgn cuba menafi realiti~

terima kasih cinta utk sebuah senyuman non-stop ini..
sy da kembali senyum2 kambing~

(n_n)

Friday, October 28, 2011

Detective Dira

Assalamualaikum..

Dari kejauhan ini aku mengagumimu..
Setiap baris ayat dari chatting, SMS malah perbualanmu dirakam masuk ke otakku..
Lalu ditransfer ke hatiku..
Dan mmg ia kekal di situ tanpa berganjak sedikitpun..

Bkn salahmu, bkn jua salahku..
Salah cinta itukah??
Bukan salah siapa2, cuma kematangan menangani permasalahan dan persoalan cinta dlm perhubungan ini yg menyebabkan kita terseparate sementara waktu..

Surat mu mmg sentiasa dlm tatapanku..
Ini adalah bukti ke'jahat'an mu..
Yg mmg dicipta oleh mu sendiri..
"Jgn buat baik pd sy sbb sy ni jahat.."
Kata-katamu kuturuti gara2 aku ini umpama pembaris lurus yg mmg lurus selurus-lurusnya..


nasihatmu:
MENGETAHUI PERKARA YG BETUL TDK MEMADAI DAN BERMAKNA TANPA MELAKUKAN PERKARA YG BETUL..

Tapi, haram kejadah jugak dirimu melakukan perkara yg mmg nyata salah di sisi agama..
membuang masa, menonton rancangan2 yg melalaikan, mero***, melepak dsb..

Aku sedar aku tdk sebaik mana..
tetapi aku akan pastikan setiap kata2 ku aku tunaikan dgn sepenuhnya..
Kata2 yg diluahkan adalah doa dan tanggungjawab yg harus dilaksanakan..
jgn hanya pandai berkata2..

1 perkara yg plg aku menyampah yg ada dlm dirimu..
kau senang terpengaruh dgn dunia sekelilingmu..
kawan2 mu mengajak ke sana sini, dgn sng kau mengekori..
kawan2 mu bermain game agry bird, kamu turut mengatakan
"i follow"..

kawan2 mu ber"running man",
kamu turut berunning tiap2 malam menghabiskan episod yg ntah apa2 aje..


Aku sedar diri ini tak sebaik mana..
tapi aku punya pendirian sendiri..

JANGAN BIARKAN DUNIA MENGUASAIMU, BIARKAN KAMU YG MENGUASAI DUNIA..

sudah ku bilang padamu, yg aku hanya pinjaman dari Allah di dunia ini..
sebaik2 mana pun hubungan ini terjalin, SUATU MASA aku tetap akan pergi jua..
biar lambat, biar cepat, aku tak kisah..
hidup aku perlu diteruskan seterus-terusnya..
kerana ia adalah hidup aku, bkn hidup kamu..
mati sekalipun, aku yg mati..
bkn kamu..

Kamu telah mencuri foto ku..
Namun, aku terlebih dahulu mendownload fotomu..
Lalu ku edit2 sesuka hati..
~suka hati aku lah~

Biarkan aku begini..
Tanpa perlu kau tahu isi hatiku..
sudah ku bilang, aku ni penyimpan rahsia segala rahsia..
biarlah segalanya menjadi rahsia..
kerana aku kan Detective Dira dan kamu hanyalah seorg spy yg tdk bergaji..

Kamu hanya pandai bermain kata, tp 1 pun kamu tdk tunaikan..
hey pemimpi yg sejati, bangkitlah dari indah lelapmu..
jadikan mimpi2 mu itu satu kenyataan..
tanpa keberanian, mimpi tdk bermakna..
ngerti itu kamu??!!

aku takkan menganggap kau sbg seorg lelaki jika kamu masih pengecut spt itu..

Selesai sudah kata-kataku..
Wassalam..




Saturday, October 22, 2011

Anugerah Dekan 2011


Tajuk: Majlis Anugerah Dekan FSKM sesi final exam April 2011

Tarikh: 22 Oktober 2011
Lokasi: Dewan Sri Budiman, UiTM Shah Alam
Agenda: Makan2, senyum2, naik pentas amek hadiah, balik tgk cerekarama (siap tapau lg extra food taw. Mmg jenis tak membazir)

NUR NADIRA BT CHE ABD AZIZI
Yes, that is my full name..
Kebanyakkan org ckp nama abah sy pelik, dah ada ABD nak jgk CHE. Mana la sy taw, tanya la atok nenek sy~ Tp selalunuya org salah sebut nama abah sy, pantang keturunan sy taw tak!!

Nama sy jgk yg mmg comel lotey~
NUR NADIRA yg bermakna cahaya yg unik @ khusus..
Pendek kata: satu dlm sejuta~
Panjang kata: susah nak carik org mcm nih~
Kawan2 kata: 1st time aku jumpa org pelik mcm ko ni~
Koibito kata: awk ni pelik tp sy lg pelik. Huh? Nak berlawan sape plg pelik ke? Peliknya awk ni~
Ustazah kata: Nadira ni mmg pelik. Law pelik ke arah kebaikan mmg bertuah la. Jgn pelik ke arah yg kejahatan sudah. InsyaAllah. ^^
dah2! stop!
Nak cite benda lain nih!

Dira yg tak suka bermekap2 terpaksa memekapkan diri malam tuh~
Dan sebenarnya~ Ini lah baju yg Dira beli utk raya puasa hari tuh tp baru pertama kali ada masa utk memakainya. Nampak sgt raya hari tuh bz smpai tak tukar baju~ ^^

Control ayu nampak~ bersudu-suduan lg taw~

Dira mmg tak control2 la~ Nah, amek ni satu bekas terus~

Dah kenyang kan, tp tu lah suka menggigit~ Dah jd tebiat~ Nak wat camne~







Jumpa lg next sem okay!
INSYAALLAH, AMIN YA RABBAL ALAMIN......

Sekian.
Wassalam.
(n_n)

Thursday, October 13, 2011

keranamu adalah sahabatku..

Aku megenalimu melalui satu nama..
Aku memahamimu melalui satu hati..

Aku meingatimu melalui satu kenangan..
Aku menyedarimu melalui satu kesilapan..
Aku menyayangimu melalui satu persahabatan..
Kau sungguh istimewa dalam hidupku...


aku bahagia di tegur kamu..
aku bahagia di marah kamu..
aku bahagia di penatkan olehmu..
aku bahagia di siksa kamu....



Wednesday, October 12, 2011

hati sebesar cawan @ kolam?


"Aduhai, kenapakah hidup aku selalu dirundung malang begini..?" lelaki muda itu berkeluh-kesah. Selama hidupnya, dia tak pernah merasakan ketenangan yang sebenar. Hatinya tidak pernah sepi daripada merasakan kerisauan.

Fikirnya, Tuhan tidak pernah sudi meminjamkan kedamaian hati padanya. Dia sangat cemburu apabila memandang sekeliling. Mereka bebas ketawa dan mudah tersenyum. Tapi dia? Dia hanya mampu tenggelam dalam dunia sepi dan resahnya sendiri.

Hatinya tidak mampu mengisi segala masalah yang menghimpit jiwanya. Lalu, selepas lelah dan puas berfikir, suatu hari dia melangkah longlai menuju ke hujung kampung. Niat hatinya, ingin menemui seorang lelaki tua.

Saban hari, wajah lelaki tua itu sentiasa kelihatan tenang. Damai sentiasa bertamu diwajahnya. Dia ingin sekali meminta rahsia. Lalu, dia terus berperi kepada lelaki tua tersebut.

Masalah keluh kesah dan kerisauannya didengari lelaki tua itu sambil tersenyum. Lalu dia mengajak lelaki itu ke suatu tempat iaitu ke tepi sebuah kolam yang besar sambil membawa sebiji cawan dan dua bungkus garam. Lelaki itu mengikut, walaupun hatinya sedikit hairan.

"Anak muda," lelaki tua itu bersuara.

"Ambillah cawan ini, isikanlah air dan masukkanlah sebungkus garam," ujarnya lagi. Lelaki itu yang dalam kebingungan hanya menurut.

Cawan diambil, air diisi dan garam dimasukkan. Kemudian lelaki tua itu berkata lagi.

"Sekarang kamu minumlah air tersebut," dalam bingung yang masih bersisa, lelaki itu mengikut kata lelaki tua itu.

" Apa rasanya?" tanya lelaki tua itu apabila melihat kerutan di dahi lelaki tersebut.

" Masin!"

Lelaki tua itu tersenyum lagi.

"Sekarang, kamu masukkan pula sebungkus garam ini ke dalam kolam itu. Kemudian kamu hiruplah airnya."

Lelaki tua itu menunjukkan arah ke kolam. Sekali lagi lelaki itu hanya mengikut tanpa menyoal. Air dicedok dengan kedua belah tapak tangan dan dihirup.

"Apa rasanya, wahai anak muda?" soal lelaki tua itu.

"Tawar, tidak masin seperti tadi," lelaki muda itu menjawab sambil mengelap mulut.

"Anakku, adakah kamu memahami kenapa aku meminta kamu berbuat begitu tadi?" tanya lelaki tua itu, sambil memandang tepat ke arah lelaki tersebut. Lelaki itu hanya menggeleng. Lelaki tua itu menepuk-nepuk bahu lelaki tersebut.

"Anakku, beginilah perumpamaan bagi diri kita dan masalah. Garam itu umpama masalah. Cawan dan kolam umpama hati kita. Setiap orang mempunyai masalah, ditimpa masalah dan diuji dengan masalah. Tetapi, kalau hati kita sebesar cawan, maka kita akan merasai pahitnya masalah itu, pedihnya hati kita dan keluh kesahnya kita."

"Tetapi kalau hati kita sebesar kolam, masalah tidak akan mengganggu kita. Kita masih boleh tersenyum sebab kita akan mengerti masalah bukan hadir untuk menyusahkan kita. Masalah dianugerahkan untuk kita berfikir, untuk kita muhasabah diri. Masalah dan ujian akan memberi hikmah kepada kita."

"Anakku, itulah rahsiaku. Aku sentiasa berlapang dada, aku sentiasa membesarkan jiwaku, supaya aku boleh berfikir tentang perkara-perkara lain dan masih boleh memberi kebahagiaan padaku. Aku tidak akan sesekali membiarkan hatiku kecil seperti cawan, sehingga aku tidak mampu menanggung diriku sendiri."

Maka, pada petang itu lelaki itu pulang dengan senyuman yang terukir di bibir. Dalam hati, dia berjanji akan sentiasa membesarkan jiwa dan berlapang dada.

Pesanan Imam Syafie


30 PESANAN IMAM SYAFIE
  1. Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia dapat menjaga dan membuat kamu cemerlang di dunia dan akhirat.
  2. Perbanyakkan menyebut Allah daripada menyebut makhluk. Perbanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut dunia.
  3. Pilihlah makanan yang halal kerana ia menjamin kesihatan dan menyebabkan syaitan gerun.
  4. Sabar menghadapi musibah adalah sebesar-besar erti sabar di mana sabar itu sendiri memerlukan kesabaran pula. Bala dan musibah menunjukkan adanya perhatian dan kasih sayang Allah. Oleh itu, bersyukurlah kerana syukur yang sedemikian setinggi-tinggi erti syukut.
  5. Apabila salah seorang antara kaum kerabat ataupun jiran dan saudara kamu sakit, kamu perlu ringankan langkah menziarahinya kerana ia disaksikan oleh malaikat dan dan dicintai Allah.
  6. Marah adalah salah satu antara panah-panah syaitan yang mengandungi racun. Oleh itu, hindarilah ia supaya dapat menewaskan syaitan dan bala tenteranya.
  7. Kasihanilah anak yatim kerana Rasulullah juga tergolong sebagai anak yatim dan beliau akan bersama-sama dengan orang yang menyayangi dan mengasihi anak-anak yatim di akhirat.
  8. Berbuat baik dan tunjukkan bakti kepada ibu bapa tanpa mengenali letih dan lelah sebagaimana mereka berbuat begitu sepanjang hayat mereka. Ia dapat menambah keberkatan pada umur, menambah rezeki dan keampunan atas dosa-dosa kamu.
  9. Banyakkanlah amal soleh kerana ia adalah pendinding dan perisai orang mukmin dan pelindung kepada serangan iblis.
  10. Takwa adalah pakaian kebesaran dan hiasan akhlak Muslim sebenar. Ia ibarat pokok zaitun, minyaknya membawa berka, ia juga memberi kejayaan dan kemenangan.
  11. Iman mempunyai bentengnya bagi menghalang segala serangan yang cuba merobohkannya. Oleh itu bagi menguatkan benteng iman, keimanan perlu dibajai dengan lima perkara, yakin, ikhlas, mengerjakan amalan sunat, istiqamah, bertatasusila ataupu berdisiplin dalam mengerjakan ibadah.
  12. Ingat dan zikir kepada Allah sebanyak-banyaknya kerana ia mengubati penyakit jasmani dan hati. Ia mencetuskan ketenangan hidup dan qanaah.
  13. Khusyuk secara zahir adalah khusyuknya orang awam, khusyuk secara batin adalah khusyuknya orang pilihan di sisi Allah.
  14. Kubur adalah perhentian sementara bagi membolehkan ke satu perhentian lagi yang penuh dengan soal siasat. Oleh itu, siapkanlah jawapan yang adil dan benar menerusi amal yang benar dan taat kepada al-haq yang tidak berbelah bagi.
  15. Kita perlu sentiasa memohon perlindungan daripada Allah, sekurang-kurangnya dengan mengucapkan "A'uzubillahi minassaitathanirrajim". Kita perlu bersabar sekiranya serangan syaitan datang juga bertalu-talu dengan hebat dan menyedari Allah taala hendak menguji keteguhan sabar kita, hendak melihat ketulenan jihad kita. Ketahuilah perang dengan syaitan itu lebih hebat daripada perang sabil.
  16. Sebesar-besar keaiban (keburukan) adalah kamu mengira keburukan orang lain sedangkan keburukan itu terdapat dalam dirimu sendiri.
  17. Hati adalah raja dalam diri. Oleh itu,lurus dan betulkan ia supaya empayar kerajaan dirimu tegak di atas al-haq yang tidak disertai oleh iringan-iringan pasukan kebatilan.
  18. Ketahuilah istighfar yang diucapkan dengan betul mampu membuat syaitan lari ketakutan dan menggoncang empayar iblis di istana kerajaannya.
  19. Ketahuilah sebesar-besar kesenangan di duna dan akhirat adalah memberi maaf kepada orang lain dan melupakan terus kesalahannya. Allah pasti akan meninggikan darjatnya di sisi manusia.
  20. Tafakurlah sebelum tidur bagi menghisab diri atas salah dan silap semasa aktiviti pada siang hari sebagaimana Umar bin al-Khattab menyiasati dirinya dengan pelbagai soalan berkenaan dosa-dosanya pada siang hari.
  21. Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia dapat menjagamu dan membuatmu cemerlang di dunia dan di akhirat. Ia juga amalan para nabi, rasul dan orang soleh.
  22. Sesiapa yang mahu meninggalkan dunia dengan selamat, dia perlu mengamalkan perkara berikut iaitu mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan bercakap dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.
  23. Kamu seorang manusia yang dijadikan daripada tanah dan kamu juga akan disakiti (dihimpit) dengan tanah.
  24. Sesiapa yang menjalin ukhuwah dan menghidupkannya, dia memperoleh banyak kebaikan.
  25. Allah menjanjikan kepada orang yang beriman, mereka akan ditinggikan darjat dan diberi kemuliaan selagi mereka menunaikan perintah Allah.
  26. Allah menjanjikan kepada orang yang beriman, mereka pasti mendapat pertolongan Allah seperti dalam pernyataannya dalam surah ar-Rom ayat 47 yang bermaksud; dan adalah menjadi hak(tanggungjawab) kami untuk menolong orang yang beriman.
  27. Allah menjanjikan kepada orang yang beriman, mereka pasti mendapat pembelaan kepada Allah sebagaimana pernyataannya dalam surah al-Hajj ayat 38 yang bermaksud, Allah membela orang yang beriman.
  28. Allah menjanjikan kepada orang yang beriman dan bertakwa, Allah pasti menaikkan darjat mereka hingga ke taraf wali-wali Allah selagi memenuhi syarat-syaratnya seperti dalam pernyataannya dalam surah al-Baqarah ayat 257 yang bermaksud, Allah penolong (wali) bagi orang yang beriman.
  29. Allah menjanjikan kepada orang yang beriman akan memberi petunjuk dan jalan lurus sebagaimana pernyataan Allah dalam surah al-Hajj ayat 54 yang bermaksud " Allah akan memberi petunjuk bagi orang yang beriman kepada jalan yang lurus."
  30. Allah menjanjikan kepada orang yang beriman, mereka akan memperoleh rezeki yang baik dan pelbagai keberkatan selagi mereka menunaikan perintah Allah sebagaimana pernyataannya dalam surah al-A'raf ayat 96 yang bermaksud, sekiranya penduduk kota beriman dan bertakwa pasti kami akan melimpahkan mereka berkat dari langit dan bumi tetapi sekiranya mereka mendustakan ayat-ayat kami, kami akan seksa mereka disebabkan perbuatan mereka.
Semoga bermanfaat.

Dipetik daripada buku Imam Syafie - Pejuang Kebenaran karangan Abdul Latip Talib

Tuesday, October 11, 2011

The Kitchen Musical

Assalamulaikum.

Study and watching TV at the same time.

Don't know if you guys have heard but ntv7 new TV series called The Kitchen Musical that features Stephen Rahman-Hughes, Karylle Tatlonghari, Christian Bautista, Rosemary Vandenbroucke, and Arthur Acuna.



Here's the characters:

Main characters

Karylle as Maddie Avilon, a fresh graduate of Le Cordon Bleu. She lands a job as the sous chef in her father's restaurant. She struggles to show her individuality and creativity in the hands of the head chef.

Stephen Rahman Hughes as Alex Marcus, the executive chef of The Avilon, known for his notoriety for perfection.

Christian Bautista as Daniel Ray, a supportive childhood friend of Maddie and the other sous chef of the restaurant.

Arthur Acuña as Harry Shaw, the general manager of The Avilon. He keeps secrets from Maddie on her father's motives for letting her work in the restaurant.

Rosemary Vandenbroucke as Selena Argon, the sommelier of The Avilon who will do everything to get what she wants. She has a deep desire to get rid of Maddie and win Alex's heart.


Really enjoy this TV series because a lot of nice songs showed. Just watch it guys!

(n_n)

Sunday, October 9, 2011

Picnicto

Assalamualaikum..

It is Sunday!
Girl's day out!! Yeah~

1st, jogging at new playgroud at sec7.

2nd, buy two karipap at the nasi lemak stall near the playgroud and eat immediately. ^^

3rd, take uitm's bus C and going to Sport Centre in uitm.
But, the planning had changed bcoz pakcik bas tuh tak lalu tepi Pusat Sukan plak. So, turun kat sec 7 jugak la jawabnya. Hehe~

4th, shopping bahan2 for cooking utk lunch.

5th, cooking at home alone.
Well, Ikha juz kupas bawang je then dia g tdow. T___T

6th, have a picnic at taman tasik sec2 with Ikha.


Blackpepper chicken + fried mushroom + sambal ikan bilis +telur dadar + sky juice = yummy2 so yummy!!




Let's eat!!

7th, going to PKNS and PAS.
Terserempak dgn Mawi, Akhill Khay, Nowseeheart, Nora, Fahrin Ahmad, Azza elite dll yg tgh buat show utk jelajah AIM. Dira pandang sebelah mata je kecuali Nowseeheart tuh dua2 mata guna sbb lagu dowg best2.


8th, get a nice rest in front of TV. Mula2 mmg Dira tgk terebi, tp mcm beselah last2 terebi yg tgk Dira. Sampai ke pagi tdow kat luar je sensorg.

It's a happy happy happy day for me and for him too i think. Although we are far far far awaaaaaay~

Sekian.
Wassalam.
(n_n)

Friday, October 7, 2011

Yummy Friday

Assalamualaikum wbt.

Jumaat, Jumaat, Jumaat yg cerah pd pagi hari dan tetiba hujan pada tengahari.
Sabor jelah~


Dia ni nyampah dgn kaler pink tp yg dia nyampah tu lah yg dia pakai~


Abes je class akaun pagi tuh, terus balik la. Janji dgn Ikha nak ke Giant, shopping2 nak cooking2~

Mmg siap la ayam n cendawan tuh Dira kerjakan.


Ayam masak kicap! Wah kemain bahagia lg engko ae~ Kuiz QMT400 kul 5 nt ntah ke mana lg.
Siap makan, rest & solat pe sume..Dira study ke?? Tak eh, Dira gayut jap then tdow. Terok2~

Kul 4.15 bangun siap2 nak solat n ke kelas yg mmg terbaik sbb pukul 5 petang hari Jumaat. Dalam bas jelah Dira study yea~ ^^

Sekian.
Mekasih.
(n_n)



pagi yg cerah

Assalamualaikum wbt.

Di saat yg lain sedang nyenyak tdow, Dira bangun di tengah2 malam buta gara2 semalam tdow sejurus selepas pulang ke rumah, ala yg penat2 pg kelas koko tp cancel tu lah. Maka tanggungjawab Dira sbg hamba dan pelajar perlu ditunaikan. Tepat pukul 12 am, makhluk ini telah bangun. Bajet nak mandi tp dia hanya membersihkan diri ala kadar sahaja. Selesai solat Isyak, sebijik magga masam tak masam dibahamnya. (Dira mmg gemar beli mangga masam2 ni kat pasar malam setiap petang Rabu).

Lantas segala nota-nota akaun (MAF220) dicapai. Pena menari-nari di atas sehelai kertas A4 putih (tak suka guna yg bergaris2, see how independent i am) utk memindmapingkan sedikit sebanyak yg telah dipelajari.

Perut berbunyi minta diisi. Kebetulan udang yg dibeli hari tu ada lg yg tersimpan.

Bayangkan ketika pukul 3 pagi ada seorang makhluk sedang menyiapkan nasi putih dan sambal udang di dapur keseorangan. (jgn nak bayang lebih2 okay)

Hasilnya mmg terbaik. Perut kenyang, hati berlagu riang~

Gara2 kekenyanagn itulah, rasa mengatuk dtg bertamu.
Tepat pukul 4 pagi, diriku lena diulit mimpi yg tak sudah2~

Yg mengeherankan lg, senang pulak nak bangun subuh tuh. Pukul 6 pagi lg da terjaga. Ajaib2~ Lagi ajaib sbb langsung tak mengantuk selepas subuh. Masa diisi dgn menelaah QMT 400 yg bakal dikuizkan petang nt.

Sekian.
Wassalam.
(n_n)

Wednesday, October 5, 2011

Selamat Hari Raya Nur Nadira!

Assalamualaikum. ^^

Hari ni Dira baru btol2 beraya sbb da habis gantikan puasa2 yg tak sengaja tinggal hari tuh. Kemain lagi happy ae~


As breakfast, roti sosej blackpepper. Suka sgt pedas2 ni ae~ Abang yg buat ni jenuh melayan aku nak tambah tu la, ni la, mayonis lebih la. Sabor jelah~


Ni sy punya!! Awak2 sume tgk jelah sy makan yea~


ngada2 je~ makan roti pon nak tunjuk2~


We are going to PTAR 3 to borrow some books. Serius tak Dira study? Siap ada calculator bagai. Tapi taw tak buku apa yg Dira baham tuh?


jeng3!!
No food, no life okay!! ngeh3~

Dira pinjam 3 bijik buku!! terbaik~
tapi sumenya novel cinta melayu..uhuk3~

Actually, hari ni la selipar kesayangan yg beli kat pasar malam (RM10) sem lepas terhancor sbb Dira jalan ganas sgt~ Maklumlah hari ni minah ni pakai seluar so dia boleh lompat2 bagai okay~

Sekian.
Wassalam.
(n_n)