Kaedah Meraih Kebahagiaan

- Melakukan pekerjaan yg anda sukai. Bila pekerjaan yg anda sukai itu sukar diperoleh, maka isilah hobi anda pd saat2 terluang.
- Perhatikanlah kesihatan fizikal, kerana sesungguhnya kesihatan fizikal adalah jiwa kebahagiaan, iaitu dgn mengatur rutin makan & minum tanpa berlebihan, membiasakan olahraga & menjauhi kebiasaan buruk & merugikan.
- Harus memiliki tujuan dlm hidup, kerana itu yg akan membuatkan anda bersemangat.
- Menjalani kehidupan apa adanya & menerima baik yg manis mahupun yg pahit dgn hati yg lapang.
- Hayati hidup yg sdg dijalani, jgn menyesali perkara yg sudah berlalu & jgn pula merunsingkan hari esok yg blm tiba.
- Hendaklah selalu berfikir dlm kerja & mengambil keputusan. Jgn menyalahkan org lain atas keputusan2 anda & atas sesuatu yg kadangkala menimpa anda.
- Sentiasalah memandang org yg berada di bawah anda.
- Biasakanlah diri anda utk murah senyuman, berjiwa periang dan berteman dgn org yg optimis.
- Membantu org lain dlm kebahagiaan agar mendapatkan harumnya kebahagiaan darinya.
- Pergunakanlah berbagai kesempatan yg cerah lg indah & anggaplah itu sbg terminal yg sgt penting utk kebahagiaan.
No comments:
Post a Comment