LoVe

LoVe

Friday, September 30, 2011

Intelectual Discourse

Assalamualaikum.

HPD117!! Subjek koko Dira. Kemain buat hari Khamis kul 8-10 eh. Bila pg je tetiba dpt taw yg class kul 6 ptg td lg sudah dilangsungkan. T___T

Relax ar. Dah mmg Dira wat relax je pon pg class tuh. Siap bawak bekal sebungkus kerepek+sebotol air=ubat hilangkan bosan lam class lg. Jalan melenggang2. Malas nak naik bas. Pg dgn Lia tapi Lia bkn main nervous sbb takut terlambat. Spt biasa Dira akan terbalik pd org lain. Org nervous, Dira bole buat muka selamba cicak dgn merelax2kan Diri.

So, paham2 la bila kita mengejar or mengharap pd sesuatu yg tak pasti. Then, tiba2 sesuatu itu mmg tidak ada or tak dapat. So, mmg hancur berkecai lah perasaan itu bagaikan dihempap oleh kayu balak. Tapi tu sume Lia yg rasa bukan Dira sbb Dira tak suka mengharap2 ni. So, Dira relax jgk la! ^^


See, how relax i am!
(n_n)



Jalan2 munuju kebahagiaan. Duk tunggu bas kat mawar ni hah. Sempat no~

Sekian.
Wassalam.
(n_n)

Wednesday, September 28, 2011

Kenali Diri, Hiasi Peribadi

Tajuk: KENALI DIRI
Tarikh: 28 September 2011
Masa: 9 am-1 pm.
Lokasi: Dewan al-Ghazali, FSKM
Agenda: kenal2 diri tuh dulu, then dpt makan free. ^^






Orite, tak nampak skirt bunga2 yg Dira pakai kan.
Mmg da mcm pokok krismas (Ikha yg ckp) =P


p/s: Semalam ada org tergolek dgn moto. Mungkin dia da kenal da diri dia pastu kot.
InsyaAllah. ^^

Tuesday, September 27, 2011

Hari Bertemu Pelanggan


Tajuk: HARI BERTEMU PELANGGAN.
Tarikh: 26 & 27 September 2011. (tapi kami bukak 27 je, saje wat suprise)
Masa: 8 am -1 pm. (not 2 pm okay)
Lokasi: Laman Najib, FSKM.
Agenda: Sape2 yg melawat booth kami dipaksa mendaftar sbg ahli. (Hahahaha~)





Booth successfully success!

Sekian.
Wassalam.
(n_n)

Sunday, September 25, 2011

Delegasi Muhibbah ke UTeM

Tajuk: DELEGASI MUHIBBAH PEERS FSKM UiTM BERSAMA PRS UTeM
Tarikh: 24-25 September 2011
Lokasi: UTeM, Melaka.
Penginapan: Homestay.
Agenda: Bergembira bersama2. Berprogram bersama2. Bermakan banyak bersama2. ^^

Day 1






Day 2







Next time jumpa lg ya! ^^

Sekian.

Friday, September 23, 2011

Roti bulu-bulu

Assalamualaikum.. ^^

Ni ada 1 penyakit berbahaya Dira. Suka makan roti berbulu-bulu! Atau nama femesnya ialah FLOSS BUN..hehe~


Ni yg sempat dirembat ketika otw pulang ke rumah setelah tamatnya kelas before pkul 7 ptg td. Sabor jelah dgn class petang Jumaat tuh~ Ni sape suh lalu depan kedai roti ni hah? Nah, amek ko! ketuk ketampi kang baru taw.

Ada dua spesies tuh. Nampak tak? 1 yg spicy dan 1 yg asli. Sem lepas tak wujud lg spesies yg spicy2 tuh. Maybe dowg baru kacuk kot. 2 yg muncul tuh. Hehe~

Harganya mmg sgt sedap sesuai dgn kesedapan roti bulu-bulu yg sgt sedap ni.
1 roti=RM2.00. So, law beli 2=RM4.00. Tapi Dira kene bayar RM6.00.
Doh, nape plok? Sebab Dira belanja Lia roti cokelat or mcm cuppy cake cokelat yg besar tuh. Sape suh gatal2 nak singgah? Tapi mmg Dira yg paksa Lia dibelanjakan pon. Lia nak bayor sendiri, tapi Dira buat muka garang dgn ayat selembut roti:

"DIRA KATA DIRA NAK BAYAR, DIRA BAYARKAN LAH! PAHAM!"

Then malamnya Dira call seseorang, tp Dira kene paksa balik.
"awk nak ke Melaka kan pagi esok, nape tak packing barang lg? kang tak sempat kang. pg la packing siap2 nuh."
banyak kali pulak tuh..
Padan muka sendiri!
Hagagagagaga~

Sekian.
Wassalam.
(n_n)

Thursday, September 22, 2011

Kisah Khamis

Assalamualaikum. ^^

A little bit unhappy mood on this day bcoz one of my clasmet tertumpah air milonya di atas baju biru kesayangan Dira. Bkn sedey nape tp sedey sbb baju kotor skit. Maklumlah Dira ni mmg alergik pd kekotoran. So, Dira menghilangkan diri seketika bg membersihkan dan mengeringkan kekotoran itu. Mmg pilih port sunyi sepi takdak org. Ditambah pulak Dira berpuasa so sedeynya agak tinggi skit. Sbb law tak pose, jumpa makanan je hilang segala masalah problem. Leh plak mcm 2. ^^

So, Dira pon plan dgn Ikha utk keluar berbuka pose di tempat spesel sket & makan yg spesel2 sket bg menambahkan kebahagiaan dlm jiwa tuh. =)



Selesai kelas pkul 6 ptg, setelah bersolat di surau Melati. Kaki ini melangkah ke bas stand mawar utk menunggu bas. Tiba2 terjumpa makhluk tuhan yg plg comel ni dgn gayanya sdg bersantai2 di situ. Phewit!

Sempat la beramah mesra. Yes, dia mmg sgt manja. ^^

Tapi, da malas nak tunggu bas. Kami jalan jela keluar ke sec7 sbb nak amek seranas nak ke SACC Mall 2 kan. Masa naik bas tuh da 6.45 pm da. Mmg akan terlambat utk berbuka. Tapi xpe, hasrat hati punya pasal. ^^

Jeng3~

Suka makan Japanese soba sgt2! Sbb banyak sayur & sgt sedap!

Tiba2, ada pulak sekor lagi makhluk yg dtg utk beramah mesra. Wah, yg ni mmg mesra, siap nak ikot kiteorg pusing SACC Mall tu lg. ^^




Ok, disebabkan Dira bukan pencinta shopping yg sejati maka disinilah tempat Dira mencuci mata.

Cantiknya!!

Balik, mmg sgt penat. So, pas mandi, solat & basuh baju dira melantak lg sebungkus megi kari berapi. Biar panas berapi-api kuar asap sket mlm tuh. Larat plak Dira study Calculus sampai kul 2.30 malam tu. Mungkin sbb gumbira dpt makan sedap2. Tidur pon sgt lena! ^^

Sekian.
Mekasih.
(n_n)


Kaedah Meraih Kebahagiaan


  1. Melakukan pekerjaan yg anda sukai. Bila pekerjaan yg anda sukai itu sukar diperoleh, maka isilah hobi anda pd saat2 terluang.
  2. Perhatikanlah kesihatan fizikal, kerana sesungguhnya kesihatan fizikal adalah jiwa kebahagiaan, iaitu dgn mengatur rutin makan & minum tanpa berlebihan, membiasakan olahraga & menjauhi kebiasaan buruk & merugikan.
  3. Harus memiliki tujuan dlm hidup, kerana itu yg akan membuatkan anda bersemangat.
  4. Menjalani kehidupan apa adanya & menerima baik yg manis mahupun yg pahit dgn hati yg lapang.
  5. Hayati hidup yg sdg dijalani, jgn menyesali perkara yg sudah berlalu & jgn pula merunsingkan hari esok yg blm tiba.
  6. Hendaklah selalu berfikir dlm kerja & mengambil keputusan. Jgn menyalahkan org lain atas keputusan2 anda & atas sesuatu yg kadangkala menimpa anda.
  7. Sentiasalah memandang org yg berada di bawah anda.
  8. Biasakanlah diri anda utk murah senyuman, berjiwa periang dan berteman dgn org yg optimis.
  9. Membantu org lain dlm kebahagiaan agar mendapatkan harumnya kebahagiaan darinya.
  10. Pergunakanlah berbagai kesempatan yg cerah lg indah & anggaplah itu sbg terminal yg sgt penting utk kebahagiaan.

Wednesday, September 21, 2011

Welcome 3rd sem!

Assalamualaikum. ^^

2 da lepas, 3 la pulak! wallawei~ Just look at my time table, so berterabur kuca hanya rite? Nak tak nak, mmg kene terima la seadanya. Just enjoy all the class and still with zero ponteng. ^^

InsyaAllah, Dira akan buat yg terbaik utk mengekalkan or meningkatkan pointer pada sem baru ini. Lastly, selamat belajar semula! aja2 fighting! ^^

Sekian.
Wassalam.
(n_n)

Tuesday, September 20, 2011

Selamat masuk belajar

Assalamualaikum wbt.

Hai semua! ^^
Gembiranya dapat masuk belajar balik! Mmg inilah saat yg ditunggu2. Dira sampai Shah Alam awal dua hari before start kelas. Boleh la wat preparation and kemas2 umah sewa yg dah lama tinggal 2. Ye x?

Utk sem ke3 ni Dira amek 7 subjek. Tp yg ada final paper hanya 5 saje. Kebanyakannya math, math, math dan math beserta akaun dan bahasa jepun dan tak lupa jugak koko apekebenda ntah yg Dira amek sem ni. Malas nak amek tarian lg, sbb penat. Nt kan tak dpt nak men hoki law amek tarian sbbnya busy sgt! Law amek koko yg simple je leh la petang2 turun hoki. Takdak la penat sgt kan. ^^

Okay! Inilah nama2 penuh sweetheart2 Dira utk sem ini ye:

BJP451 - JAPANESE LANGUAGE II

HPD117 - INTELECTUAL DISCOURSE


MAF220 - COST ACCOUNTING 1


MAT491 - CALCULUS III

MAT522 - ORDINARY DIFFERENTIAL EQUATIONS

QMT400 - PROBABILITY AND STATISTICS

QMT437 - OPERATIONAL RESEARCH



Semoga berjaya menghadapinya Nadira!


Dah2, jom la kita g shopping barang2 dapur kat Giant tepi umah tuh. Pg dgn ikha je. Kecoh2 nak beli kicap, gula, telur dan sebangainyalah. Kami da start memasak kat umah secara serius da. Takde lah masak2 megi lg. Kami masak nasi da skang. Lauk pauk yg spesel2 pulak tuh. hehehehe~


Semoga ceria2 selalu!

Sekian.
Wassalam.
(n_n)

Jadikan hari anda penuh dgn keberkatan

Assalamualaikum! ^^

Selamat menulis kembali! Di pagi yg indah lagi ceria ini, Dira ingin berkongsi amalan yg boleh anda praktikkan dlm kehidupan seharian. Bacalah!
(n_n)


Lembaran pertama kebahagiaan dlm daftar buku harian & kegiatan kesihatan pertama dlm urutan kegiatan di siang hari adalah solat Subuh. Oleh sbb itu, mulai saat ini bukalah hari anda dgn solat Subuh. Dgn demikian, anda berada dlm perlindungan & ikatan janji dgn Allah. Anda juga berada dlm pemeliharaan & penjagaannya.

Cubalah ketika anda mendirikan solat Subuh, anda duduk dgn khusyuk & menghadapkan diri anda ke arah kiblat selama 10-15 minit, kemudian lanjutkanlah dgn memperbanyakkan zikir & berdoa. Mintalah kpd Allah hari yg indah, hari yg baik & penuh keberkatan, hari yg berbahagia serta hari yg berisi kejayaan, kesolehan & keberuntungan. Mintalah kpd-Nya hari tanpa mara bahaya, krisis & masalah. Dan hari yg rezekinya berlimpah, kebaikan yg banyak, perlindungan yg luas, atau haru yg tiada kekeruhan di dalamnya yg tiada pula kesusahan & kesedihan. InsyaAllah akan menjadi jaminan bagi anda dlm menghadapi hari yg penuh berkat dan bermanfaat.

Semoga anda memperoleh kebahagian di dunia dan akhirat.
Please try this at home. Anda pasti akan sukakannya. ^^

Sekian.
Wassalam.
(n_n)