LoVe

LoVe

Sunday, July 17, 2011

hey, good morning!

Assalamualaikum.

Alohaa! amacam awal tak Dira bangun hari ni? Semangat2~




Sebenarnya bagus law lepas subuh kita tak tdow balik. Kang nt rezeki susah nak masuk lak. Haish =.='

Have a nice day ya!

Sekian.
(n_n)

Saturday, July 16, 2011

Nisfu Syaaban

Assalamulaikum.

Ptg td dpt 1 sms drpd Syafiq (presiden kelab aku).

"Hari ni 14 Syaaban, bermula maghrib hingga sepanjang malam perbanyakkanlah amalan, solat sunat & zikir sehingga terbit fajar (15 Syaaban). Minta keampunan, rezeki yg halal, jauhkan ujian2 Allah, kesihatan yg baik & rahmat Allah, doa utk ibubapa. Para malaikat akan mengangkat semua catatan amalan kita pd tahun ini. Berdoalah seberapa banyak kerana selepas 15 Syaaban buku catatan baru akan dibuka. Segala perihal nama anak Adam yg lahir & mati ditulis. Juga dicatatkan rezeki setiap orang. Jadi perbanyakkanlah amalan kita pada hari tu. Doa pada malam nisfu syaaban:

ALLAHUMMA INNA NAS ALUKA AFWA WAL AFIAH FIDINNI WAL DUNIAH WAL AKIRAH WALHAMDULILLAH HIRABBIL ALAMAIN..amin"


Sejenak ku termenung. Da sampai pertengahan Syaaban rupanya. Maknanya Ramadhan sudah semakin hampir.

SMS Syafiq ku reply untuk mengucapkan terima kasih. =)

Untuk maklumat lanjut perihal nisfu syaaban ni anda boleh baca Nisfu Sya'ban dari Ustaz Rahim ni. ^^

Selamat beramal ye.
Sekian.
(n_n)



Purse baru

Assalamualaikum. ^^

Disebabkan purse yg Dira guna sekarang tunggu masa je nak hancor, umi bagi Dira purse baru. Exceli takda la baru sgt pon sbb ni purse adik Dira. Dia beli da lama cuma dia tak guna. Tadi dia beli lg yg lain. Adik Dira yg pompuan tuh law bab shopping2 ni mmg pro terutama sekali bab menghabiskan duit umi. Yelah, beli je tahu, gunanya tak.

Ni lah purse Dira yg asalnya. Purse la sgt kan, da mcm wallet je rupanya. Siyes, mmg da koyak rabak da terutama sekali tempat letak IC tuh. Huhu~ Dira beli time kat Shah Alam, rasanya sem lepas kot. Tak ingat sgt da tp yg Dira ingat beli kat PAS, masa tu kuar dgn Ikha. RM10 je. ^^


Ni yg baru umi bagi td. Cantik je kan? Ntah nape adik Dira taknak pakai. Walhal lawa apa. Kecik jugak lbh krg je dgn yg lama tuh. Tapi yg ni mcm pompuan sket. Pink kaler pulak tuh. Uhuk2~ Yg lama tuh tetap lawa bg Dira. Dira tak suka pakai purse yg besar2, panjang2 tuh. Tak suka sbb tak muat nak letak dlm poket. Hehehe~

Dira suka benda yg kecik2, yg simple2. Yg senang nak bawak. Law nak kuar mana2, takyah nak bawak handbag da sbb muat letak dlm poket seluar je. Hihi ^^

Sekian.
(n_n)

Friday, July 15, 2011

Mengajar

Assalamualaikum.

Disebabkan taktaw nak buat apa malam ni kan, so selesai je solat maghrib td terus ugut adik-adik swoh amek buku sekolah depa, swoh siapkan sume homework yg ada.


Ngeh3~ Dira mmg kakak yg garang. Sekali bersuara, mmg lantang. =P
Senang je nak ajar budak2 ni. Maklumlah budak sekolah rendah kan.
Silibus pon senang2. ^^

Sekian.
(n_n)

Thursday, July 14, 2011

Geram

how do i feel rite now?

really2 geram!!

Sekian.
mekasih sajelah!

T___T



Wednesday, July 13, 2011

Best friend

Assalamualaikum.

Setelah diperkenalkan, Dira jadi minat plak dgn kartun ni.

PON AND ZI


Sweet je kan?

Rasa rindu kat kengkawan plak.
Cuti lama-lama ni, lama la tak jumpa dorg.
Terutama sekali, Ikha merangkap housemate Dira sendiri.
Woooaaa, nanti da balik Shah Alam kita merendek sama2 lg k. ^^



Sekian.
(n_n)


Ikan masak sambal petai

Assalamualaikum.

Utk lunch hari ni Dira masak ikan spesel skit. Gara-gara ternampak petai seikat kat dapur, tetiba dpt idea nak masak ikan dgn petai ni. Ni resipi Dira sendiri taw. (Ntah pape je aku masak nie.)

Bahan-bahan:
- beberapa ekor ikan kembung disalut garam kunyit
- 3 ulas bawang putih (ditumbuk)
- 2 biji bawang merah (dihiris)

- 3 sudu besar cili kering kisar

- 2 sudu besar sos cili

- beberapa tangkai petai yg telah dibuang kulitnya

- beberapa biji cili merah (dihiris)

- garam dan gula secukup rasa

- sedikit air




Cara membuat:

1. Ikan digoreng spt biasa terlebih dahulu.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih.

3. Masukkan cili kering kisar, tumis beberapa saat.

4. Kemudian, masukkan sos cili. Kacau hingga sebati.

5. Tambahkan sedikit air.
Masukkan gula dan garam secukup rasa.
6. Masukkan bawang merah, cili merah dan petai.
Masak hingga naik bau.
7. Akhir sekali, masukkan ikan yg telah digoreng dan kacau hingga rata.


Sedia utk dihidang. Sedap utk dijamu bersama nasi. Kepada penggemar petai sekalian, anda boleh mencuba resepi ini.


Sekian. Wassalam. (n_n)




Kek Batik

Assalamualaikum.

Pagi td Dira bgn awal, semangat nak buat kek batik ni. Pas subuh spt biasa la, lena balik. Tdow siap mimpi2 duk buat kek batik. Pukul 8 lg da bgn, terus ke dapur. Kejap je nak buat kek ni, simple je. Cubalah! ^^


Bahan-bahan:

- 1 bungkus biskut marie (350g)
- 3 sudu besar marjerin
- 1 1/2 cawan milo
- 3 sudu besar serbuk koko
- 1/2 tin susu cair
- 3/4 cawan gula


Cara membuat:

1. Patah-patahkan biskut marie.
2. Campur milo, serbuk koko, susu cair dan gula ke dalam periuk & masak dgn api perlahan.
3. Setelah gula cair, masukkan marjerin. Kecilkan api dan kacau sampai pekat.
4. Padamkan api.
5. Masukkan biskut marie dan kacau hingga semua biskut diselaputi coklat.
6. Masukkan ke dlm loyang, tekan2 bg padat.
7. Simpan dlm peti sejuk.


Sedia utk dihidang. =)

Ini resipi Dira sendiri taw. Dira searh kat internet. Pastu, Dira gabung2kan resipi kek batik ni menjadi satu. Ada resipi yg guna telur, ada yg guna butter, ada jgk yg tak guna susu cair. So, Dira gabung2kan menggunakan bahan2 yg simple sikit. Sedap taw! ^^

Sekian.
(n_n)

Tuesday, July 12, 2011

Cara-cara nak cover malu

1. Kalau tersepak batu
- Jgn terus bangun, sebaliknya kamu baring dan terus berguling2 hingga jauh dr perhatian ramai. Bila sudah tiada yg nampak, barulah bangun. Hehe~

2. Kalau terjatuh basikal
- Cepat2 naik basikal kamu semula & buat2 jatuh sehingga berkali2 supaya org ingat kamu sengaja buat lawak. ^^

3. Kalau terjatuh tangga
- Terus bersilat seolah2 kamu dirasuk atau sdg berlawan dgn makhluk halus.


4. kalau terjatuh dlm longkang
- Pungutlah sampah yg ada sambil marah2 dgn suara yg kuat, pasti org menyangka kamu seorg yg amat prihatin terhadap kebersihan.

5. Kalau jatuh ketika naik bas
- Jeritlah kuat2 "hoi, apa ni tolak2 org ni?" walopon sebenarnya tiada org di blakang anda. Huhu~
6. Kalau terjatuh di dpn perhentian bas
- Terus buat2 pengsan sehingga ada org yg membantu kamu. Law tak ada yg membantu, baring terus sampai malam sehingga tiada org lagi di perhentian bas. Inilah masa yg tepat utk kamu bangun semula.

7. Kalau tergelincir di lantai licin
- Tariklah kawan atau sape2 di sebelah kamu utk jatuh bersama2 supaya taklah kamu seorg saje yg dpt malu. Ye tak?

(n_n)

Sunday, July 10, 2011

Oh, sedapnya!

Assalamualaikum.

Memandangkan Dira satu family penat menghabiskan weekend di Perak dan sampai umah kira-kira pukul 11.30 mlm smlm, semua adik2 Dira tak pg sekolah ari ni. Hohoho~ Yg pg hanyalah abah dan umi saje. Yelah, da nama pon cikgu. Takkan la nak ponteng pulak kan.

Memandangkan byk kteowg shopping di Cameron Highlands smlm, so menu utk hari ni pon spesel la skit kan.

Jeng, jeng jeng~


Jagung bakar! Sedap woo~

Tomyam chicken! Tiada tandingannya~

Dadih strawberi yg melimpah ruah dgn strawberi.


Tidak lupa juga, strawberi cokelat!

Haaa, amacam? Ada tetiba rasa kecur air liur tak? ^^
Law tetiba rasa lapar tuh, pandai2 lah pi cari makan yerk. =)

(n_n)

Saturday, July 9, 2011

Perak-Day 3

Assalamualaikum.

Smlm tdow lena sbb penat bermandi-manda kan. Tambah2 lagi mlm td kenyang sgt membaham BBQ. So mmg lena tdownya sampai ke pagi. ^^

Hah, dah last day dah bg Dira and family bercuti kat Perak ni. Tibalah masa utk pulang ke Kelantan. =)

Bersarapan pagi di Nasmir Nasi Kandar.

Sempat bershopping di Tesco.


Singgah sekejap nak beli limau bali.


Jemput2 rasa limaunya yg sgt manis.

Antara limau ni dgn muka Dira, mana lg bulat? 0_o

Perjalanan diteruskan ke Cameron Highlands. Ni cikgu-cikgu yg plan balik ikut Cameron sbb nak shopping sayur mayur. Huhu~

Sampai di Cameron kira-kira pukul 3 ptg. Penat woo~


1st time makan jagung bakar nih. Huhu~

Pelahap betul sy kan? =P

Banyak giler woo umi shopping sayur. Yg jenuh duk mengangkatnya Dira lah. Sabor jelah~

Haa, da otw balik ni. Dapat mkn aiskem. Wuhuuu~ Mmg feveret! ^^

Seterusnya, singgah di Masjid Gua Musang kira-kira pukul 7.30 mlm. Perjalanan diteruskan dgn menyusuri jalan alternatif utk pulang ke rumah iaitu melalui Jeli.

Singgah makan malam di sebuah kedai makan area Bukit Bunga. Law diikutkan hati malas nak makan sbb hari ni dah dua kali Dira bedal nasi. Tapi disebabkan ada colek perut, Dira pon makan jelah!


Inilah rupa colek perut yg menjadi feveret Dira. (ko ni semua makanan ko ckp feveret)
Sedap tu da sedap tp mak aii! Pedas nak mampos. Serius, ni yg plg pedas penah Dira mkn. Sampaikan muka merah2, mata berair nak habiskan colek perut tuh. Fuh, mmg terbaik la.

Akhirnya, kteowg smpai jgk kat umah walaupun da lewat malam.
Mmg best la dpt join family day kali ni. (sbb sblom ni xdapat pulang sbb jauh study di perantauan.)

Begitulah kesudahannya family day kami pd tahun ni.
(n_n)




Friday, July 8, 2011

Perak-Day 2

Assalamualaikum.

Well, smlm tak brape nak lena tdownya sbb kepanasan tahap dewa.

Malas nak ckp byk sbenarnya, layan jela pic ni ye. ^^






The Lost World Of Tambun. =)















Malamnya, BBQ time. Kenyang2~


Balik tuh, mmg tdow dgn lena la. Da penat kan.

(n_n)