LoVe

LoVe

Thursday, January 6, 2011

Chat-phobia

Ramai org suka chatting bg memenuhi masa lapang. Malah ada juga yg menjadikan chatting ni sbg hobi baru. Ia seolah-olah telah menjadi budaya sejak kebelakangan ini terutama sekali bg anak2 muda. Malah bg org dewasa yg kerap berasa sunyi. Mungkin dgn cara berchatting dpt menghiburkan hati.

AWAS!! Jgn terperangkap dlm dunia chat. Yes, chatting itu mmg indah tp kita tdk pernah tahu siapakah sebenarnya org di hujung sana. Mungkin kita tertarik dgn kata-katanya yg menawan, maka dgn itu kita mula terbayangkan wajah tenangnya (kdg2 mungkin spt insan idaman kita). hakikatnya, kita tdk pernah tahu siapakah sebenarnya insan di hujung sana. Boleh jd buaya darat, player, atau sang penipu yg bermulut manis. Anda mungkin menjadi slaah seorg drpd mangsa2 umpan yg dilemparkan sang penipu.

Wow!! Dia telah menghantarkan gambarnya melalui internet (kdg2 MMS) utk tatapan anda. Maka anda begitu teruja dia memiliki wajah yg menarik. Mungkin anda terus mempercayainya. Awas!! siapa tahu itu bknlah wajahnya yg sebenar. Kamera jg bileh menipu. Walhal xda la cantik sgt tp bila di hadapan kamera boleh menjadi fotogenik. Org yg tak ensem boleh kelihatan macho. Skrang kecanggihan IT berleluasa. Org gemuk boleh nampak kurus, org hitam boleh nampak cerah. Malah kepala org lain boleh diletakkan di atas badan org lain. Jgn terperangkap dgn semua itu. selagi namanya dunia siber (alam maya) kita berhak berasa sangsi.

Berdasarkan pengalaman Dira, bermula dgn chatting di YM. Akhirnya, perasaan seronok berchatting menguasai diri. Seterusya beralih pula pd Facebook. Yes, dulu mmg pernah jd FB addicted. Sehari tak bukak FB rasa mcm tak senang duduk. Tup2 Facebook upgrade sistem sampai siap boleh chatting2 lagi. Apa lg kan??

Membaca tulisannya membuatkan anda khayal & tenggelam dlm imaginasi liar. Anda kan terfikir, kalau kata2nya sudah begitu hebat, tentu dia seorg yg hebat (caring, penyayang & boleh diharap). Awas!! Khabar tak seindah dari rupa. kalau betul2 ada pon, mungkin satu dlm seribu. Kata2 boleh dicipta. Siapa2 pon boleh berkata2. Tapi ia bkn bukti keunggulan seseorg. Berhati2lah. Jgn korbankan apa2 selagi blom bertemu rupa dgnnya. Dats why Dira strongly feel that the person in my cyber world cant be trusted.

Kisah dulu, pernah ada yg fall in love dgn Dira hanya melalui YM. Kadang2 SMS jugak. seterusnya, part plg terok ialah bila dia stalker blog dira kat Friendster. Mmg nyata2 pd ketika itu hati ini kepunyaan Mr. Alien. Ya, mmg hatinya patah bcoz of me. Imagine la, boy sanggup cry all on his night semata2 kerana seorg girl yg dikenali melalui YM. Tp slah Dira sbnarnya sbb tak berterus-terang mengenai Mr. Alien. Sbb 2 bila dira kenal2 sape2 melalui alam siber, Dira akan pesan awal2..
" Please, dont fall in love with me."

The true reason is I dont want you to get hurt in the future. To be hurt is really the worst thing in this life. Dats why i avoid to hurt someone.

Dira diminati kaun sejenis?? Yes, ada sorg akak yg chat dgn Dira kat YM. Dia mula bikin Dira konfius sbb dia mcm excited chatting dgn Dira. Dia siap puji2 lg Dira ni comel. Okay, tenkiu atas pujian tersebut. Tp, lps 2 dia mula bukak story pasal dia pernah ehem2 dgn kaum sejenis. Akak tu siap ajak Dira melawat tempat dia stay lg. MasyaAllah.

Ada jugak lelaki yg sanggup bg free show kat YM. Dira approve je mamat 2 mula2. Tiba2 dia ajak webcam. Tapi berani tunjuk benda2 yg tak patot. Nauzubillah. Mana letaknya maruah anda sbg seorg lelaki?? lepas 2, Dira xberani nak bukak YM.

It's just an experience to be shared to you all. Ambillah iktibar. Buang yg keruh, ambil yg jernih. Renung2kan.

Sekian. Peace for all!! (n_n)

No comments: