LoVe

LoVe

Sunday, July 17, 2011

hey, good morning!

Assalamualaikum.

Alohaa! amacam awal tak Dira bangun hari ni? Semangat2~




Sebenarnya bagus law lepas subuh kita tak tdow balik. Kang nt rezeki susah nak masuk lak. Haish =.='

Have a nice day ya!

Sekian.
(n_n)

Saturday, July 16, 2011

Nisfu Syaaban

Assalamulaikum.

Ptg td dpt 1 sms drpd Syafiq (presiden kelab aku).

"Hari ni 14 Syaaban, bermula maghrib hingga sepanjang malam perbanyakkanlah amalan, solat sunat & zikir sehingga terbit fajar (15 Syaaban). Minta keampunan, rezeki yg halal, jauhkan ujian2 Allah, kesihatan yg baik & rahmat Allah, doa utk ibubapa. Para malaikat akan mengangkat semua catatan amalan kita pd tahun ini. Berdoalah seberapa banyak kerana selepas 15 Syaaban buku catatan baru akan dibuka. Segala perihal nama anak Adam yg lahir & mati ditulis. Juga dicatatkan rezeki setiap orang. Jadi perbanyakkanlah amalan kita pada hari tu. Doa pada malam nisfu syaaban:

ALLAHUMMA INNA NAS ALUKA AFWA WAL AFIAH FIDINNI WAL DUNIAH WAL AKIRAH WALHAMDULILLAH HIRABBIL ALAMAIN..amin"


Sejenak ku termenung. Da sampai pertengahan Syaaban rupanya. Maknanya Ramadhan sudah semakin hampir.

SMS Syafiq ku reply untuk mengucapkan terima kasih. =)

Untuk maklumat lanjut perihal nisfu syaaban ni anda boleh baca Nisfu Sya'ban dari Ustaz Rahim ni. ^^

Selamat beramal ye.
Sekian.
(n_n)



Purse baru

Assalamualaikum. ^^

Disebabkan purse yg Dira guna sekarang tunggu masa je nak hancor, umi bagi Dira purse baru. Exceli takda la baru sgt pon sbb ni purse adik Dira. Dia beli da lama cuma dia tak guna. Tadi dia beli lg yg lain. Adik Dira yg pompuan tuh law bab shopping2 ni mmg pro terutama sekali bab menghabiskan duit umi. Yelah, beli je tahu, gunanya tak.

Ni lah purse Dira yg asalnya. Purse la sgt kan, da mcm wallet je rupanya. Siyes, mmg da koyak rabak da terutama sekali tempat letak IC tuh. Huhu~ Dira beli time kat Shah Alam, rasanya sem lepas kot. Tak ingat sgt da tp yg Dira ingat beli kat PAS, masa tu kuar dgn Ikha. RM10 je. ^^


Ni yg baru umi bagi td. Cantik je kan? Ntah nape adik Dira taknak pakai. Walhal lawa apa. Kecik jugak lbh krg je dgn yg lama tuh. Tapi yg ni mcm pompuan sket. Pink kaler pulak tuh. Uhuk2~ Yg lama tuh tetap lawa bg Dira. Dira tak suka pakai purse yg besar2, panjang2 tuh. Tak suka sbb tak muat nak letak dlm poket. Hehehe~

Dira suka benda yg kecik2, yg simple2. Yg senang nak bawak. Law nak kuar mana2, takyah nak bawak handbag da sbb muat letak dlm poket seluar je. Hihi ^^

Sekian.
(n_n)

Friday, July 15, 2011

Mengajar

Assalamualaikum.

Disebabkan taktaw nak buat apa malam ni kan, so selesai je solat maghrib td terus ugut adik-adik swoh amek buku sekolah depa, swoh siapkan sume homework yg ada.


Ngeh3~ Dira mmg kakak yg garang. Sekali bersuara, mmg lantang. =P
Senang je nak ajar budak2 ni. Maklumlah budak sekolah rendah kan.
Silibus pon senang2. ^^

Sekian.
(n_n)

Thursday, July 14, 2011

Geram

how do i feel rite now?

really2 geram!!

Sekian.
mekasih sajelah!

T___T



Wednesday, July 13, 2011

Best friend

Assalamualaikum.

Setelah diperkenalkan, Dira jadi minat plak dgn kartun ni.

PON AND ZI


Sweet je kan?

Rasa rindu kat kengkawan plak.
Cuti lama-lama ni, lama la tak jumpa dorg.
Terutama sekali, Ikha merangkap housemate Dira sendiri.
Woooaaa, nanti da balik Shah Alam kita merendek sama2 lg k. ^^



Sekian.
(n_n)


Ikan masak sambal petai

Assalamualaikum.

Utk lunch hari ni Dira masak ikan spesel skit. Gara-gara ternampak petai seikat kat dapur, tetiba dpt idea nak masak ikan dgn petai ni. Ni resipi Dira sendiri taw. (Ntah pape je aku masak nie.)

Bahan-bahan:
- beberapa ekor ikan kembung disalut garam kunyit
- 3 ulas bawang putih (ditumbuk)
- 2 biji bawang merah (dihiris)

- 3 sudu besar cili kering kisar

- 2 sudu besar sos cili

- beberapa tangkai petai yg telah dibuang kulitnya

- beberapa biji cili merah (dihiris)

- garam dan gula secukup rasa

- sedikit air




Cara membuat:

1. Ikan digoreng spt biasa terlebih dahulu.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih.

3. Masukkan cili kering kisar, tumis beberapa saat.

4. Kemudian, masukkan sos cili. Kacau hingga sebati.

5. Tambahkan sedikit air.
Masukkan gula dan garam secukup rasa.
6. Masukkan bawang merah, cili merah dan petai.
Masak hingga naik bau.
7. Akhir sekali, masukkan ikan yg telah digoreng dan kacau hingga rata.


Sedia utk dihidang. Sedap utk dijamu bersama nasi. Kepada penggemar petai sekalian, anda boleh mencuba resepi ini.


Sekian. Wassalam. (n_n)