LoVe

LoVe

Friday, March 8, 2013

Amanat Dekan


Assalamualaikum.

Buat julung kalinya Majlis Amanat Dekan dan Perhimpunan Fakulti Sains Komputer dan Matematik 2013 diadakan pada Jumaat 8/3/13.
 Dianggarkan seramai 4290 orang pelajar Ijazah Sarjana Muda FSKM sepenuh masa telah menggegarkan Dewan Agong Tuanku Canselor pada petang ini. 
Perhimpunan Fakulti ini diadakan setelah sekian lama warga FSKM tidak berkumpul bersama sama dan pelbagai maklumat berkenaan fakulti akan diperdengarkan.





DATC merasai gegaran dengan kehadiran hampir 4290 pelajar FSKM dan staf serta pensyarah sempena Amanat Dekan & Perhimpunan FSKM petang tadi.
Amanat yang disampaikan harus diambil bagi meneruskan legasi kejayaan FSKM di mata masyarakat sekeliling.




Bacaan ikrar dari pihak SMF (sekretariat mahasiswa fakulti).


Kehadiran tetamu kehormat, Prof. Dr Azni Zain Ahmed, Timbalan Naib Canselor Akademik & Antarabangsa bagi melancarkan Tabung Wira Lahad Datu merupakan kejutan acara yang tidak dijangka.









(n_n)




Para pelajar mula meninggalkan dewan serta merta selepas tamatnya majlis. =P

No comments: