LoVe

LoVe

Tuesday, July 17, 2012

sabun susu beras

Assalamualaikum.. ^^

Nak share sket tentang sabun susu beras yg Dira gunakan sbg pembersih muka sejak Januari lepas setelah diperkenalkan oleh Niza masa Dira berada di Perlis ketika itu. Ia amat sesuai utk segala kegunaan kulit wajah dan badan. 

Haaa, sampai 4 ketul beli kat bandar Tanah Merah td. Dapat murah, RM 10 utk 4 ketul. ^^




Produk ini adalah produk penjagaan kesihatan kulit. Diperbuat daripada 100% beras susu semulajadi. Di ekstrak daripada beras jasmine muda Thailand dengan kualiti terbaik. Dan diperkaya dengan vitamin dan nutrisi yang dapat mengurangkan cela, parut, bintik hitam dan kedutan di muka. Menjadikan kulit beransur lembut dan cerah semula jadi. Cubalah sekarang dan rasai kesegaran dengan bauan semulajadi beras susu jasmine.


Cara Pemakaian :
Boleh digunakan pada muka dan badan sebagai pembersih harian, buihkan sabun dan urut lembut untuk 2 – 3 minit kemudian bilas. Vitamin dan mineral dalam beras susu muda jasmine meresap dan akan memelihara dan menyihatkan kulit anda, menjadikan ia sentiasa lembap, harum dan segar selepas setiap kali penggunaan.

KEGUNAAN :
Untuk Wajah 
1) Membuatkan Kulit Muka Lebih Cerah, Gebu, Licin, Halus, Lembut Dan Tegang.
2) Menanggalkan Semua Kotoran, Minyak Dan Sel Kulit Mati.
3) Memudarkan Dan Menghilangkan Parut Jerawat Dan Jeragat.
4) Membantu Menghilangkan Bintik-Bintik Hitam.
5) Menanggalkan Kesan Dengan Efektif.
6) Melembutkan Kulit Dan Menaikkan Seri Wajah.

Untuk Badan 
1) Mengurangkan Kesan Hitam di Ketiak, Siku dan Pelipat Peha.
2) Memberi Kesan Kesegaran Sepanjang Hari.
3) Badan Tidak Melekit Ketika Atau Selepas Berpeluh.
4) Kulit Rasa Licin Dan Lembut.
5) Memudarkan Parut-Parut Di Badan Dan mencerahkan Kulit.
6) Menghilangkan Bau Badan.

Sesuai Untuk Semua Jenis Kulit

Kandungan :
Ekstrak Beras Susu, Vitamin B3, Vitamin E, Minyak Zaitun, Minyak Sawit Dan Gliserin Semulajadi.

2 comments:

nanna shazhana said...

tanah merah dkt area mana ye dear?sbb sy nk beli jugak but tatau dkt mana kedai.
ermm.nanti boleh tak msg dkt saya(0145271583)kedai tu ye

aLeXa iXora said...

kat pasar malam pun byk jgk..
kat mana2 ade je..huhu