LoVe

LoVe

Tuesday, July 17, 2012

sabun susu beras

Assalamualaikum.. ^^

Nak share sket tentang sabun susu beras yg Dira gunakan sbg pembersih muka sejak Januari lepas setelah diperkenalkan oleh Niza masa Dira berada di Perlis ketika itu. Ia amat sesuai utk segala kegunaan kulit wajah dan badan. 

Haaa, sampai 4 ketul beli kat bandar Tanah Merah td. Dapat murah, RM 10 utk 4 ketul. ^^




Produk ini adalah produk penjagaan kesihatan kulit. Diperbuat daripada 100% beras susu semulajadi. Di ekstrak daripada beras jasmine muda Thailand dengan kualiti terbaik. Dan diperkaya dengan vitamin dan nutrisi yang dapat mengurangkan cela, parut, bintik hitam dan kedutan di muka. Menjadikan kulit beransur lembut dan cerah semula jadi. Cubalah sekarang dan rasai kesegaran dengan bauan semulajadi beras susu jasmine.


Cara Pemakaian :
Boleh digunakan pada muka dan badan sebagai pembersih harian, buihkan sabun dan urut lembut untuk 2 – 3 minit kemudian bilas. Vitamin dan mineral dalam beras susu muda jasmine meresap dan akan memelihara dan menyihatkan kulit anda, menjadikan ia sentiasa lembap, harum dan segar selepas setiap kali penggunaan.

KEGUNAAN :
Untuk Wajah 
1) Membuatkan Kulit Muka Lebih Cerah, Gebu, Licin, Halus, Lembut Dan Tegang.
2) Menanggalkan Semua Kotoran, Minyak Dan Sel Kulit Mati.
3) Memudarkan Dan Menghilangkan Parut Jerawat Dan Jeragat.
4) Membantu Menghilangkan Bintik-Bintik Hitam.
5) Menanggalkan Kesan Dengan Efektif.
6) Melembutkan Kulit Dan Menaikkan Seri Wajah.

Untuk Badan 
1) Mengurangkan Kesan Hitam di Ketiak, Siku dan Pelipat Peha.
2) Memberi Kesan Kesegaran Sepanjang Hari.
3) Badan Tidak Melekit Ketika Atau Selepas Berpeluh.
4) Kulit Rasa Licin Dan Lembut.
5) Memudarkan Parut-Parut Di Badan Dan mencerahkan Kulit.
6) Menghilangkan Bau Badan.

Sesuai Untuk Semua Jenis Kulit

Kandungan :
Ekstrak Beras Susu, Vitamin B3, Vitamin E, Minyak Zaitun, Minyak Sawit Dan Gliserin Semulajadi.

Monday, July 16, 2012

melawat


Assalamualaikum.

Di hari kejadian, mendengar khabar kematian dari saudara sepupu umi. Maka, kami pun melawatlah keluarga arwah di kampung yg berdekatan dgn rumah nenek iaitu kg Bukit Panau. Rupa-rupanya arwah yg dikenali sgb Wandi, lelaki berumur dlm 30-an meninggal akibat kemalangan di KL. Menurut emaknya lg, arwah sudah bertunang dan bakal melangsungkan perkahwinan tahun hadapan. sebelum arwah pergi, dia bagaikan sudah menjangkakan yg perkahwinannya mcm tdk akan berlaku apabila berkata "raso mcm tok jadi jah nikoh ni"..rupa-rupanya Allah lebih sayangkan dia. Takziah kpd keluarga arwah.


Ketika kami sampai ni jenazah telah siap dikebumikan kira-kira pukul 11 pagi td. 



Sama-sama la kita sedekahkan al-Fatihah kpd arwah. Semoga rohnya aman dan dicucuri rahmat.

Saturday, July 14, 2012

tiada yang kekal selamanya


Hargailah sesuatu yg kita ada selagi ia masih bersama kita.
^_^

Friday, July 13, 2012

Rehlah Beach Resort

Assalamualaikum.. ^_^

Berkesempatan meluangkan masa bersama family di Tamah Rehlah, Pantai Bisikan Bayu, Pasir Puteh, Kelantan.

Baru je smpai dari Shah Alam pagi td, sempat rehat-rehat dlu. Lepas Jumaat bru gerak ke Taman Rehlah. 



Ada program sekolah abah kat sini, untuk budak-budak UPSR.
Petang tu ada aktiviti kayak. ^_^





Jalan-jalan ambil angin petang di tepi pantai.


Have a nice moment here.
^___^