LoVe

LoVe

Wednesday, August 24, 2011

Juadah berbuka buatan sy ^^

Assalamualaikum wbt.

Hah, law duk kg ni mmg masak jela keje Dira. Tambah2 lg bulan2 pose ni mmg sedap2 skit la menunya.

Ikan masak stim! Ni dah kali kedua Dira masak ni sepanjang bulan pose ni. Sedap giler weh, tak caya try la. Tambah2 lg Dira mmg suka mkan ikan. Mmg law boleh sekor ikan ni Dira nak baham sorg2 je. Tapi tu lah, kene share. atoyai~


yg ni pulak namanya....

alamak! Tak ingat. Buat je pandai. Sotong air asam kot. Lebih kurang la tuh. Yg ni pon sedap jgk. Mmg licin sume mana yg ada. Maklumlah, bulan pose kan.


Malas nak letak resipinya kat sini. Next2 time jela ye! ^^

Sekian.
Wassalam.
(n_n)

Tuesday, August 23, 2011

MEREKA YANG TIDAK DIPERTEMUKAN DENGAN LAILATUL QADAR


Sesungguhnya Malam Lailatur Qadar merupakan satu malam yang sukar digambarkan kehebatan serta keistimewaannya. Terlalu banyak rahmat Allah diturunkan pada malam ini sehingga Allah nyatakan khusus dalam Al-Quran surah al-Qadr tentang kehebatan malam ini. Yakni terlebih baik dari 1000 bulan ( 83 tahun 4 bulan..jika dikira dengan umur manusia).Namun demikian ada umat islam yang tidak akan Allah pertemukan mereka dengan malam tersebut. Antaranya:

1. Anak yang diberi kesempatan hidup bersama ibu bapa mereka, namun mereka mengabaikan kedua ibu bapa mereka yang sudah tua. Mereka tidak memberikan kasih sayang, membantu sewaktu mereka sakit dikala mereka berdua masih hidup.

2. Mereka yang memutuskan silaturrahim antara sesama manusia, sama ada jiran, adik beradik, rakan sekerja dan sebagainya.

3. Anak yang menderhaka kepada ibu bapa dan tidak memohon ampun kepada ibu bapa mereka sehingga mereka mati.

4. Penzina yang tidak melakukan taubat nasuha.

5. Mereka yang tidak bertegur sapa sesama Islam selepas lebih dari 3 hari.

6. Mereka yang menghina alim ulamak dan pejuang agama Allah swt.

7. Mereka yang berpuasa namun tetap melakuakn perkara yang haram

Marilah kita rebut peluang yang di 10 malam yang terakhir ini. Peluang selalu datang kepada kita, namun kenapa kita jarang sekali memikirkan bahawa peluang itu belum pasti ada yang kedua kali..Renung2kan agar kita menjadi hamba terpilih untuk bertemu malam Lailatuil Qaadarnya....Insya Allah

source: facebook

Wednesday, August 17, 2011

My 21th Birthday


Assalamualaikum!

It's my birthday! 17 Ogos 2011, genaplah 21 tahun diri sy sendiri nih. ^^

Di sebabkan hari ni cuti Nuzul al-Quran, kebetulan jatuh pd bufday Dira. So, cuti umum la sume ya! bagus2~

Maka, boleh la Dira pg jenjalan dgn adik-beradik kesyganku sekalian. ^^


Kami pg Rantau Panjang je. Sbb adik2 laki Dira nak shopping utk raya. Dira tak shopping pape. tak taw nak beli apa. Just teman2 depa jela.
Hah, yg ni mmg suka shopping. So, paham2 jela ye.

Kebetulan, umah anak pd nenek sedara Dira (mak dua pupu Dira la tuh) buat majlis berbuka puasa kat rumahnya. Saudara mara sume kebanyakkannya yg datang.

Comel tak sepupu sy? chubby2 mcm sy jgk! =P


Ni pon sepupu Dira jgk. Dira mmg senang rapat dgn depa. ^^

Sebab juadahnya berasaskan ayam kampung, so mmg bertambah2 nasi Dira time tuh. =)


Selepas solat terawih, kami 1 family kuar ke bandar utk menjamu colek perut. Pergh, mmg bahagia rasanya hari ni dpt makan yg sedap2. ^^

B4 tdow tuh, leh plak layan movie Chicken Run kat tv2. Cite budak2 je pon! ngeh3~

Sekian.
Wassalam.
(n_n)

Tuesday, August 16, 2011

Ikan siakap masak stim

Assalamualaikum.

Masak2 lagi. Umi bg resipi, Dira try masak. Ni 1st time Dira masak ikan cengini.


Alhamdulillah, mmg Dira berjaya memasaknya dgn sedap sekali. Sedap abes kuahnya, isi ikan siakap pulak lembut mcm 2. Pergh, mmg terbaik la! ^^

Tuesday, August 9, 2011

Berbuka puasa di madrasah

Assalamualaikum. ^^

9 Ramadhan 1432H. Dira berpeluang berbuka puasa di madrasah kg Dira pada hari ini. Bestnya! (n_n)

Baju kurung zaman sekolah menengah yo~ Ni baju raya time form4 ke form5. Tak bape ingat. Mcm tulah gamaknya. Nampak sgt Dira tak membesar. Haha!


Dira pg dgn umi. Tu yg biru kaler jugak tuh, sedondon kan kami? (macam nak pg raya la plak)
Maklumlah like mother like daughter. kui3~


Kebanyakkan yg hadir adalah golongan yg dah berusia. Maklumlah, depa selalu terawih kat sini.

Tak kurang jgk yg tak berapa nak berusia. Time makan2 la depa datang, time solat2 ni mmg jarang. (padahal Dira pon lbh kurang, hehe)


Oh, mmg sedap la juadahnya. (maklumlah, Dira ni bg ape je sume sedap. asalkan namanya makanan. masuk perut, kenyang. sedap la tuh! huhu)

Adik beradik Dira yg laki sume berbuka kat sini. Yg pompuan yg laen2 malas nak join. Padan muka, Tak dapat makan sedap2. =P

Sekian.
Wassalam.
(n_n)