LoVe

LoVe

Thursday, June 16, 2016

Iftar 1.0 di Dataran Shah Alam

Assalamualaikum. ^^

Sudah ditelusuri 11 Ramadhan pada tahun ini.
Semua puasa penuh tak? =P


Hari ni Dira berkesempatan berbuka bersama geng-geng hikers yang berada di Shah Alam & sekitarnya.
Al maklumlah semalam berbuka sorang-sorang je bercakap dengan dinding wallaweiii~ Jadi hari ni kita bertukar angin lah berbuka di luar pulak ye. Lagi ramai geng. haha

Iftar kali ni dianjurkan oleh Kak Nora & the geng dari NOBA Adventures.

Memilih lokasi di Dataran Kemerdekaan Shah Alam, sebagai kesinambungan berbuka versi outdoor oleh kerana kami semua kaki outdoor. hoho~

Sebenarnya Dira terjoin je dorang ni saje gatal2 nak join. Memula segan la iolss sebab tak kenal sorang pon. Men masuk je geng dorang ni. Tapi setelah difikir2 balik, daripada berbuka kesunyian bertemankan TV sensorang..so i decided to join them. ^^





Kak Nora yg sebelah kanan tu (shawl hijau) dan sebelah kiri tu anaknya. Wow.






Yang shawl merah ni pulak Intan namanya.




Alhamdulillah.
Setelah selesai berbuka kami tak rushing nak pergi solat kat masjid ke hape sebab kat tepi padang ni memang disediakan ruang solat untuk lelaki & wanita. Nampak tak khemah putih banyak2 sana tu, kat situ lah surau. Selesa sebab ruang solat dia luas & tempat wuduk pun ada luas (banyak paip) beserta sejadah & telekung turut disediakan.
Hebat bukan?



Okay. Kalau korang nak hepi hepi join geng-geng outdoor ni bolehlah ye survey sendiri.
Banyak group dan event yang dorang selalu update kat fesbuk. Jadi, tunggu apa lagi.

Sekian.
Wassalam.
(n_n)

Sunday, May 29, 2016

Mount Tok Nenek 6248 ft

Assalamualaikum.
Next trip..is here!

Mount Tok Nenek Single
Height: 6248 ft / 1904 meter
Location: Lojing. Kelantan
Date: 28 - 29 May 2016
Line up 14 ( 12 men, 2 women)
Group: Silversango Hikerz

Jadi, ni dah gunung ke-4 yang Dira dah tawan. Gunung okay, yang bukit-bukit tu toksah duk kira lah. haha
.
.
Diari pendakian bermula.
Day 1


Meeting point: BHP Blue Valley, Cameron.


Starting point: Perkampungan Orang Asli Renggil, Pos Brooke di Lojing.
Pendakian dimulakan selewat2nya pukul 2 petang. Kepanasan terik mentari. huhu



Sungai kecik, besar, dalam, cetek semua redah je. Wajib kasut basah.














Log masa:
Day 1
2.00pm: start mendaki dr Kg Orang Asli Renggil
4.15pm: tiba simpang Tok Nenek (rehat 30mnt)
6.00pm: tiba Kem Lengkuas (rehat 30mnt)

6.45pm: Kem Kicap

7.05pm: tiba Kem Asadi (berhenti mghormati maghrib)
8.15pm: tiba Kem Hari
10.00pm:tiba Kem Berlumut (setup khemah)

Day2
8.30am: mula mendaki ke puncak
10.30am: tiba puncak Tok Nenek (lama berenti ontrek)
12.00pm: mula menurun
1.00pm: tiba Kem Berlumut (makan n berkemas)
3.00pm: peserta terakhir turun
3.45pm: tiba Kem Hari
6.30pm: tiba tali oren (skip semua campsite)
9.00pm: tiba starting point
Yg terawal tiba jam 6.30..dan Dira semestinya yang paling lewat sampai semasa menaik mahupun menurun. hihihi~

Day 2

Kesejukan gara-gara hujan & sleeping bag sendiri basah. uhuk2.

Pendakian ke puncak bermula.







Buah kemenangan ohoiii~








Alhamdulillah.
Trip ni enjoy sangat..
walaupun malam ke pagi tu asyik hujan dan khemah pon kena tempias ditambah lagi dengan pakai baju selai je, pastu sweater pon tak bawak. Tapi itulah kenangan yang paling manis.

Terima kasih semua yg support Dira.
Lagi2 sweeper masa naik (Kak Rose) & masa turun (Abg Niki & Mira)
Dan kepada semua yang banyak membantu & memberi tunjuk ajar, arigato gozaimasu! ^^


Sekian.
Wassalam.
(n_n)













Wednesday, March 23, 2016

Restoran Willy Satay


Assalamualaikum.
Jom kita makan-makan lagi. ^^



Lokasi: Restoran Willy Satay
Seksyen 7, Shah Alam, Selangor






TEH TARIK MADU
HIJAU



SATAY SATAY DI MERATA-RATA


NASI KAK WOK



YUMMY DELICIOUS
mmmmmm dap.


Sekian.
Wassalam.
(n_n)

Saturday, March 19, 2016

Boat Noodle - Klang Parade


Assalamualaikum.
Happy day uolss. ^^

Bila bestie Cik Dira ajak makan BOAT NOODLE be like..
Hmmmmmm..

Makan dalam boat ke hape?
huhuhu~


Ke Kalang Parade lah kita.
Bukan black parade hokayy. =P









Haaaa..
Tengok jelah gambar tuh sampai kenyang.
Malas pulak nak menulis menu & harga.
Cek Instakilogram aii jelah yee..
hahahaha~


Sekian.
Wassalam.
(n_n)